27/12/11

Berusaha Mencari Rezeki



Hadis : Berusaha Mencari Rezeki




Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam."
Riwayat At-Tabrani
Huraiani) Sesungguhnya Allah S.W.T amat kasih kepada orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri di mana dengan itu dia dapat memenuhi keperluan dan tanggungjawabnya terhadap diri, keluraga dan masyarakat. Malah kedudukannya adalah lebih baik daripada bersikap pemalas dan meminta-minta daripada orang lain.




ii) Allah telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil daripada kerja tekun dan dedikasi. Inilah antara maksud jihad yang dituntut oleh Islam.

iii) Kita perlu ingat bahawa hanya rezeki yang halal sahaja mesti dicari kerana di situlah letaknya keberkatan dan ganjaran daripada Allah S.W.T. Sedangkan rezeki yang diambil daripada punca yang haram seperti rasuah dan sebagainya, lambat laun akan menimbulkan kecelakaan dan masalah dalam hidup bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga.

Jangan Menolak Sedekah

Hadis : Jangan Menolak Sedekah
Hadis : Dari Salim bin Abdillah bin Umar dari ayahnya r.a bahawasanya Rasulullah SAW telah memberi sesuatu kepada Umar bin al-Khattab. Maka Umar berkata : "Berikanlah kepada orang yang lebih fakir daripada aku." Nabi bersabda: "Ambillah lalu kembangkan atau engkau sedekahkan. Sesuatu yang datang kepada mu dari harta ini sedangkan engkau tidak mengharap dan tidak memintanya maka ambillah dan sesuatu yang tidak datang kepada mu maka janganlah engkau ikutkan diri mu pada sesuatu itu." (Muslim)ian Masyarakat moden sekarang lebih mudah dan senang bersedekah. Ini bersesuaian dengan peredaran masa yang membolehkan kita bersedekah menggunakan potongan melalui bank serta yang terbaru bersedekah atau menderma menggunakan sistem perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) menerusi telefon mudah alih. Al-Quran menyebut yang maksudnya: "Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang mu'allaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang memerdekakan dirinya dan orang-orang yang berhutang dan untuk dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan dalam perjalanan). (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (at-Taubah:60). ...                                                                                                                                                  Pada zaman ini tidak hairan jika dikatakan ramai manusia sanggup menipu untuk mendapatkan sedekah. Sebaliknya amat menghairankan dan jarang-jarang berlaku orang yang menolak sedekah sedangkan keadaan fizikal dan hidupnya amat memerlukan. Mereka tidak meminta jauh sekali ingin mendesak dalam mendapatkan sesuatu daripada orang lain. Dalam hal ini Islam sesungguhnya amat menggalakkan kita agar berusaha sedaya upaya untuk mencari rezeki untuk menyara kehidupan dan Islam tidak menggalakkan kita meminta sedekah. Namun seandainya sesuatu itu datang tanpa diduga atau diminta ia dianggap sebagai pemberian dan rezeki daripada Allah SWT. Terimalah ia dengan penuh kesyukuran mudah-mudahan rezeki itu akan bertambah bahkan membolehkan kita bersedekah pula kepada orang lain. Kata orang ‘tangan yang di atas itu lebih baik daripada tangan yang di bawah." Dengan perkataan lain Islam menggalakkan kita bersedekah namun Islam tidak sekali-kali menggalakkan kita menjadi orang peminta sedekah.                                                                                                                                             




Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.

Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan pada kemudian hari.

Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali.

Kewujudan website masjidsribengkal dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

17/12/11




Assalamualaikum... Qiyamku di mihrab musolla kali ini benar-benar berbeza. Terasa benar-benar malu, sehinggakan untuk mengangkat kepala pun aku tak mampu. Perasan malu menebal sungguh di hati.. datangnya bertindih-tindih silih berganti.. malah, untuk mengerling mata pun aku tak mampu.. semua ini gara-gara bicara sang guru dalam pengajian sebentar tadi.. terngiang-ngiang kata sang guru:

"Qiyam (berdiri) seorang yang bertakwa berbeza dengan qiyamnya seorang yang fujjar (ahli maksiat). seorang yang bertakwa merasakan dirinya begitu lut sinar di hadapan Allah. Dengan pandangan hatinya, dia merasakan semuanya terserlah sama ada sekecil-kecilnya mahupun sebesar-besarnya... Dia sedar Allah Maha Menatap... Dia yakin Allah Maha Melihat. Malah tiada sesuatupun dapat tersembunyi dari pengetahuan Allah. Dia merasa malu, kerana walaupun pakaian zahirnya sangat cantik dan bersih, namun hatinya penuh tompok-tompok hitam yang melekit.. dia yakin, walaupun manusia di dalam musolla itu tidak dapat melihat titik-titik hitam hatinya, tapi semua itu begitu nyata dalam pandangan Tuhannya... lantas Qiyamnya itu merupakan ketundukan.. qiyam itu merupakan pengakuan kelemahan dan kehinaan.. Dia merasa cukup kecil dan kerdil di hadapan Allah Yang Maha Kuasa. Dia mula menyedari betapa hinanya diri... bermula diri dari setetes air yang hina, dia dimuliakan dengan Islam sebagai agamanya.. Dan kini, dia diizinkan untuk bersolat di mihrabNya untuk bermunajat kepadaNya..."

kata-kata sang guru tadi begitu begitu berbekas pada hatiku... tidak terbayang betapa banyak titik-titik hitam yang wujud pada hatiku. maka, betapakah aku mampu untuk mengangkat kepalaku? Sesungguhnya aku tidak mampu.. lantas ku panjangkan munajat dihatiku... ku mulakan dengan menyebut namaMu.. ku puji diri Mu setinggi-tingginya duhai Tuhan sekelian alam... Yang Maha pengasih.. Yang Maha penyayang.. Tuhan yang menguasai hari pembalasan.. ku akui, ku yakini, justeru hanya kepadaMu aku sembah dan hanya kepadaMu aku memohon pertolongan.. Ya Allah, maka tolonglah tunjuki daku jalan yang lurus.. jalan golongan yang Engkau beri nikmat.. bukan jalan golongan yang dimurkai, bukan juga jalan orang-orang yang sesat... Ya Allah.. kabulkanlah.. aku sangat-sangat berharap pada pimpinan taufiqMu...

Ya Allah, ampunkan segala dosaku.. bersihkanlah hatiku.. hilangkanlah tompok-tompok hitam yang wujud pada batinku.. sesungguhnya aku tidak mampu, jika tanpa pimpinan taufiqMu.. ya Allah pimpinlah daku.. aku benar-benar tidak mampu..
*********

benar sahabatku, pertemuan di mihrab solat merupakan peristiwa yang amat penting dalam kehidupan seorang insan. Bagi orang yang beriman dan bertakwa, solat perlu ditatang dengan sebaik-baiknya... perlu dilaksanakan dengan penuh penghayatannya.. solat menghadirkan gerun, solat menghadirkan harap. solat menghadirkan pergantungan.. solat menghadirkan kehambaan.. berbeza bagi orang yang fujjar, solat dilakukan sambil lewa.. acuh tak acuh sahaja sikapnya... solat tidak menghadirkan gerun.. solat tidak menghadirkan rasa.. solat baginya hanyalah adat semata-mata... malah, solat tidak melahirkan rasa sebagai seorang hamba..

maka bagaimanakah pula solat kita?

mutiara kata

KALAM HIKMAH :

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" -(Saidina Abu Bakar As-Siddiq )



" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. "

-Imam Umar bin Abdul Aziz

15/12/11

MUTIARA KATA

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah(bakhil lagi kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat gelisah dan apabila beroleh kesenangan ia menjadi bakhil. (Al-Ma'arij: 19-21)

Amat besar kebenciannya di sisi Allah apabila kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (As-Saff: 3)

Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan perkataan yang menyakitkan. (Al-Baqarah: 263)

Tidak masuk syurga orang yang suka menabur fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau sebesar zarah. (Hadis riwayat Muslim)

Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian (Hadis riwayat Muslim).

Tazkirah

HARGAI DAN HORMATI REZEKI YANG DIKURNIAKAN ALLAH

Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah swt menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran). (Mulk:21)


Hanya Allah swt yang memberi rezeki kepada manusia. Jika dia menahannya, tiada siapa yang dapat memberikan rezeki kepada manusia.

Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila dia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar. (Fussilat: 51)

Rezeki juga mempunyai maruah dan perlu dihormati. Rasulullah saw sendiri apabila makan, Baginda akan makan sehingga licin pinggannya. Selain itu Rasulullah saw menyuruh kita mengutip makanan yang terjatuh:

Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah saw, “Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberakartan” (HR Muslim).

Allah swt juga berkuasa menghilangkan air dari muka bumi ini dan tiada siapa yang dapat memberikan air kepada manusia selain Allah swt. Katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?. (Mulk:30)

14/12/11

PERJUMPAAN AJK BARU DAN LAMA

 13 Selasa... Sri. Bengkal Telah diadaka perjumpaan dan serah tugas antara ajk baru dengan yang lama telah di adakan dimasjid yang juga dihadiri oleh ybhg penghulu mukim 6 En Ramli bin Zainal yang mana penghulu berharap masjid lebih cemerlang bersesuaian dengan anurgah yang dicapai oleh mesjid ini yang mana telah mendapat anugerah " Masjid Cemerlang Peringkat Mukim 6" batu pahat dari itu beliau berharap masjid ini dapat mengekalkan kecemerlangan itu dibawah ajk yang baru kelak. Pengerusi masjid masih mengekalkan En Hasan Bin Md Damin selaku pengerusi dan berjanji akan membawa kecemerlangan tersebut dapat dikekelkan atau yamg lebih baik mungkin diperingkat yang lebih tinggi (daerah).
                                                                                         



Pengerusi mengucapakan takniah dan terimakasih kepada ajk yang lama dan berharap ajk yang baru dapat menjalankan tugas lebih cemerlang agar dapat mebantu mengimarahkan masjid kelak. beliau juga sentiasa berharap ajk sentiasa ikhlas menjalankan tugas kepada masyarakat terutama kerja-kerja melibatkan masyarakat.

12/12/11

Derhaka kepada ibu bapa



Allah berfirman, "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah." (al-Ahqaf: 15)

Nabi saw. bersabda, " Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa kamu dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa kamu." (HR al-Hakim)

Allah berfirman, "Allah melarang kamu daripada menyembah selain kepadaNya dan menyuruh supaya kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu maka janganlah kamu mengatakan kepada keduanya "ahh" dan janganlah kamu membentak mereka tetapi ucapkanlah kepada mereka dengan perkataan yang mulia. (Al- Isra': Ayat 23)

Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu kamu". (HR Bukhari no: 5975 Kitab al-Adab)

Dari Abu Bakrah ra., Nabi saw. bertanya, "Mahukah aku beritahu kalian dosa terbesar dari dosa-dosa besar ?" (1) Mempersekutukan Allah. (2) Derhaka kepada ibu atau bapa. (3) Membuat kesaksian palsu. (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya Allah akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia." (HR Hakim)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga orang yang tidak akan masuk syurga: 1) orang yang derhaka kepada ibu bapanya. 2) lelaki yang dayus. 3) perempuan yang menyerupai laki-laki." (HR Nasa'i, Bazzar dan Hakim)

Amalan selepas solat


Tsauban r.a meriwayatkan: “Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat akan mengucapkan أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ "astaghfirullah" tiga kali, kemudian mengucapkan "اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ. "Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”- (HR Muslim)

Uqbah bin Amir meriwayatkan: “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) selepas setiap solat fardu.” (HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i)

Nabi bersabda, "Siapa yang membaca selepas habis solat, Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali, lalu untuk mencukupkan bilangan seratus dengan membaca "Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul-mulku walahul-hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadir" maka akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih air laut." (HR Muslim)

Nabi bersabda, "Sesiapa membaca ayat kursi selepas setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian.” (HR ath-Thabrani no.7532 disahihkan oleh al-Albani)

Sembunyikan Amalan





Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah mencintai hamba yang bertakwa, hamba yang hatinya selalu merasa cukup dan yang suka menyembunyikan amalannya." (HR Muslim)

Imam Syafie berkata, "Sudah sepatutnya seorang alim memiliki amalan yang tersembunyi, hanya Allah dan dirinya saja yang mengetahuinya. Amalan yang dinampakkan pada manusia akan sedikit sekali manfaatnya di akhirat."

Perbezaan ketinggian nabi adam dan kita

Gambar perbezaan ketinggian nabi adam dan kaum terdahulu dari kita

Sabda Rasullulah SAW:

" Allah mencipta adam dgn tinggi enam puluh hesta kemudian setelah adam, makhluk itu berkurangan tingginya seperti sekarang ini" 

(HR. Bukhari), Hadis ini juga terdapat dalam riwayat imam muslim dan imam ahmad.

p/s : Setinggi-tinggi manusia, segagah-gagah manusia, sebesar-besar manusia, Raja kepada segala-galanya tetap Allah SWT.... admin

11/12/11

PERJUMPAAN/MESYUARAT

PERJUMPAAN/MESYUARAT


Sri bengkal sabtu 10/11 Sesi perjumpaan/mesyuarat jawatankuasa masjid yang baru bagi tahun 2011 - 2013 akan di adakan pada 13 dis 11 jam 9.00mlm bertempat di masjid kg sri bengkal tuan/puan yang terlibat dijemput hadir ..su

ORGANISASI

ORGANISASI MASJID
2014 - 2016



PENASIHAT
EN Ramli Bin Zainal
(Penghulu Mukim 6)


PENGERUSI
Tn. Hj. Adnan Bin Hj. Abd Samad


TIMBALAN PENGERUSI
En.. Ramlan Bin Hj. Darmo


SETIAUSAHA
En Salman Bin Hj. Sabar


BENDAHARI
En Yusof Bin Sariman


PENOLONG SETIAUSAHA
En. Yackob Bin Sahban


BIRO PEMBANGUNAN & EKONOMI
En. Md. Rizal Bin Sariman


BIRO PENDIDIKAN & DAKWAH
Tn. Hj. Arfan Bin Kamisan
(IMAM)


BIRO PENGIMARAHAN MASJID
Tn. Hj. A. Malik Bin Ali
(IMAM)


BIRO KEBERSIHAN & KECERIAN
En. Kariman Bin Ali


BIRO PENERBITAN & IT
En. Md. Razak Bin Mastor


BIRO KEBAJIKAN DAN KEBUDAYAAN
En. Muhd Said Bin Bidun


BIRO KESELAMATAN DAN SUKARELAWAN
En. Misnan Bin Gimin


BIRO RAKAN MUDA
En. Ahmadi Bin Hj. Kasmani


BIRO HAL EHWAL WANITA
Pn. Jamiah Bt. Omar


BIRO PENGURUSAN ASET DAN PASARANA
En Arsad Bin Md. Raji


PEMERIKSA KIRA-KIRA 1
En  Mohd Noor Bin Ismail


PEMERIKSA KIRA-KIRA 2
En Zahari Bin Juhar