22/12/12

Meraih Selawat 70000 Malaikat




Abu Hurairah radhiallahu anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah-shallallahu 'alaihi wasallam-bersabda:

"Hak muslim atas muslim lainnya ada lima: Menjawab salam, menjenguk yang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi undangan, dan mendoakan orang yang bersin".
(HR. Al-Bukhari no. 1240 dan Muslim no. 2162)

Dari Tsauban-budak-Rasulullah-shallallahu 'alaihi wasallam-bahawa Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam bersabda:

"Sesiapa yang menjenguk orang yang sakit, maka orang itu sentiasa berada dalam khurfah syurga." Beliau ditanya, "Apa itu khurfah syurga wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Kebun yang penuh dengan buah-buahan yang dapat dipetiknya."
(HR. Muslim no. 2568)

Ali-radhiallahu 'anhu-berkata: Aku telah mendengar Rasulullah-shallallahu' alaihi wasallam-bersabda:

"Tidaklah seorang muslim menjenguk muslim yang lain pada pagi hari, kecuali 70000 malaikat akan berselawat untuknya hingga petang hari. Jika dia menjenguknya di petang hari, maka 70000 malaikat akan berselawat untuknya hingga pagi. Dan dia akan mendapatkan kebun yang penuh berisi buah-buahan di syurga kelak. "

(HR. At-Tirmizi no. 969 dan dinyatakan sahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami 'no. 5767)

Makna selawat dari malaikat adalah malaikat akan mendoakan agar Allah mengampuni dan merahmatinya.

Penjelasan ringkas:

Di antara akhlak mulia yang dituntut oleh Rasulullah-shallallahu alaihi wasallam-kepada umatnya adalah menjenguk saudaranya yang sakit, kerana hal itu boleh meringankan penyakit yang dialami oleh saudaranya tersebut dan juga boleh menghibur hatinya. Bahkan menjenguk muslim yang sakit hukumnya adalah wajib kerana Nabi-shallallahu alaihi wasallam-menjadikannya sebagai hak seorang muslim ke atas saudaranya muslim yang lain. Dan ini berlaku umum baik yang sakit adalah anak-anak mahupun orang dewasa, lelaki mahupun wanita, kaum kerabat mahupun bukan, hanya saja jika yang sakit itu adalah kaum kerabat maka kewajibannya lebih ditekankan.

Adab-adab bagi para penjenguk:

1. Mengingatkan orang yang sakit untuk selalu bersabar atas takdir Allah atas dirinya.

2. Mewasiatkan kepada orang yang sakit untuk banyak-banyak bertaubat dan beristighfar kepada Allah.

3. Dibolehkan menjenguk orang kafir. Ini berdasarkan hadis Anas bin Malik riwayat Al-Bukhari no. 5657 dimana Nabi-shallallahu alaihi wasallam-menjenguk seorang pemuda Yahudi-yang menjadi pelayan beliau-ketika dia sakit.

4. Menjenguk orang yang sakit boleh bila-bila masa selama tidak mengganggu orang yang sakit tersebut.

5. Tidak terlalu lama menjenguk kerana boleh mengganggu rehat orang yang sakit, kecuali jika orang yang sakit meminta dia untuk tinggal lebih lama.

6. Dianjurkan untuk duduk di sisi kepala orang yang sakit.

Abdullah bin Abbas-radhiallahu anhuma-berkata, "Jika Nabi-shallallahu alaihi wasallam-saat menjenguk orang yang sakit, beliau duduk di samping kepalanya".
(HR. Al-Bukhari no. 536 dalam Al-Adab Al-Mufrad dan dinyatakan sahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Adab no. 416)

7. Menanyakan keadaan orang yang sakit, sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi-shallallahu alaihi wasallam-ketika menjenguk Abu Bakar As-Siddiq yang tengah sakit. (HR. Al-Bukhari no. 5654 dan Muslim no. 1376)

8. Mendoakan kebaikan dan kesembuhan untuk orang yang sakit, kerana para malaikat akan mengaminkannya.

Dari Ummu Salamah-radhiallahu 'anha-dia berkata: Rasulullah-shallallahu alaihi wasallam-bersabda:

"Apabila kamu menjenguk orang yang sedang sakit atau yang telah meninggal maka ucapkanlah ucapan-ucapan yang baik, kerana sesungguhnya para malaikat akan mengaminkan apa yang kamu katakan." (HR. Muslim no. 1527)

9. Di antara doa-doa yang disunnahkan untuk diucapkan adalah:

لا بأس طهور إن شاء الله
"Tidak mengapa, insya Allah penyakit ini penyuci (dari dosa-dosa)."
(HR. Al-Bukhari no. 3616)

"Ya Allah, sembuhkanlah si fulan."
(HR. Al-Bukhari no. 5659 dan Muslim no. 1628)

Atau dia boleh meruqyah orang yang sakit tersebut dengan membacakan ayat-ayat Al-Qur `an kepadanya.

10. Tidak membawakan bunga kepada orang yang sakit kerana itu merupakan kebiasaan orang-orang non muslim. Sebaiknya dia membawakan makanan atau hal lain yang dia senangi.

11. Jika sakitnya kelihatan sangat parah dan dikhuatiri akan meninggal, maka disyariatkan bagi penjenguk untuk mentalqin kalimat 'laa ilaha illallah' kepada yang sakit.

Inilah yang terjadi pada tubuh badan di alam kubur



Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan melewati beberapa fasa perubahan, dan inilah fasa-fasa sejak malam pertama masuk ke kuburan hingga 25 tahun selepas itu.

malam Pertama

Di kuburan pembusukan bermula pada daerah perut dan kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang anak cucu Adam ini saling bergelut dan menjaganya di dunia. Dua hajat, yang kerananya Allah azza wa jalla membuat manusia rugi di dunia akan membusuk pada malam pertamanya di kuburan. Setelah itu, mulailah jasad berubah warna menjadi hijau kehitaman. Setelah berbagai make up, dan alat-alat kecantikan membuatnya memiliki ragam pesona, nanti tubuh manusia hanya akan mempunyai satu warna saja.

malam Kedua

Di kuburan, mulailah ahli-ahli badan mayat seperti limpa, hati, paru-paru dan perut.

hari Ketiga

Di kuburan, mulailah anggota-anggota tubuh itu mengeluatkan bau busuk tidak sedap.

seminggu Setelah itu
Wajah mulai tampak membengkak, dua mata, kedua-dua lisan dan pipi.

Setelah 10 hari

Tetap terjadi pembusukan pada kali ini pada anggota-anggota tubuh tersebut, perut, perut, limpa ..

Setelah 2 Minggu

Rambut mulai gugur

Setelah 15 Hari

Lalat hijau akan mula boleh mencium bau busuk dari jarak 5 km, dan ulat-ulat pun mula menutupi seluruh tubuhnya

Setelah 6 Bulan

Yang tersisa hanya rangka tulang saja.

Setelah 25 Tahun

Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, kita akan mencari satu tulang yang sangat kecil disebut 'ajbudz dzanab (tulang ekor). Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh Allah azza wa jalla pada hari kiamat.

Inilah tubuh yang selama ini kita jaga. Inilah tubuh badan yang kita berbuat maksiat kepada Allah dengannya. Oleh kerana itulah, jangan biarkan umur kita melewati jasad ini sia-sia, kerana dia akan mendapatkan apa yang telah disebutkan.

Subhanaallah, Al-Quran ini tidak hancur digilis bulldozer Israel


Semasa operasi menghancurkan Masjid Al-Mafqara oleh tentera yahudi laknatullah di Hebron (4/12/2012) semalam, berlaku sebuah kejadian yang menakjubkan.
Al-Quran yang digilis oleh bulldozer bersama dengan benda-benda yang lain tidak rosak atau bahkan tidak hancur.
Kitab suci itu masih utuh tanpa ada cacat sekalipun. Padahal semua benda yang berada di dalam masjid hancur.
Ketika berlaku operasi untuk memusnahkan masjid, para penduduk Palestin di wilayah itu bertindak melawan. Teriakan takbir mengema di mana-mana oleh kanak-kanak dan juga orang tua.
Masjid ini sebelum ini pernah dihancurkan pada tahun 2011. Yahudi laknatullah sendiri sudah mengeluarkan perintah merobohkan masjid itu pada tahun 2003.
Pada bulan Jun tahun ini, penduduk kampung dan aktivis antarabangsa cuba untuk membina masjid ini, tetapi dihalang oleh pasukan tentera yahudi zionis laknatullah.
Pemerintah yahudi akan membuat zon latihan ketenteraan di wilayah ini bersama dengan tujuh wilayah lain.Diterjemahkan sumber dari islampos.com

Ikhtibar, wanita tidak pernah sembahyang mati ketika berdandan



Temanku berkata kepadaku, "Ketika perang teluk berlaku, aku masih berada di Mesir dan sebelum perang meletus, aku sudah terbiasa menguburkan mayat di Kuwait yang aku ketahui dari masyarakat tempatan. Salah seorang keluargaku menghubungiku meminta agar menguburkan ibu mereka yang meninggal. Aku pergi ke perkuburan dan aku menunggu di tempat memandikan mayat.


Di sana aku melihat empat wanita berhijab bergegas meninggalkan tempat memandikan mayat tersebut. Aku tidak bertanya sebab kenapa mereka keluar dari tempat itu kerana memang bukan urusanku. Beberapa minit kemudian wanita yang memandikan mayat keluar dan meminta agar menolongnya memandikan mayat tersebut. Aku katakan kepadanya, 'Ini tidak boleh, kerana tidak halal bagi seorang lelaki melihat aurat wanita.' Tetapi dia mengemukakan alasannya bahawa jenazah wanita yang satu ini sangat besar.


Kemudian wanita itu kembali masuk dan memandikan mayat tersebut. Setelah selesai dikafankan, dia memanggil kami agar mayat tersebut diusung. Kerana jenazah ini terlalu berat, kami berjumlah sebelas orang masuk ke dalam untuk mengangkatnya. Setelah sampai di lubang kubur (kebiasaan penduduk Mesir membuat perkuburan seperti bilik lalu dengan menggunakan tangga, mereka menurunkan mayat ke bilik tersebut dan meletakkannya di dalamnya dengan tidak ditimbun).


Kami buka lubang, masuk dan kami turunkan dari bahu kami. Namun tiba-tiba jenazahnya terlepas dan terjatuh ke dalam dan tidak sempat kami sambut semula hingga aku mendengar dari gemeretak tulang-tulangnya yang patah ketika jenazah itu jatuh. Aku melihat ke dalam ternyata kain kafannya sedikit terbuka sehingga kelihatan auratnya. Aku melompat ke jenazah dan menutup aurat tersebut.


Lalu dengan susah payah aku menyeretnya ke arah kiblat dan aku buka kafan di bahagian mukanya. Aku melihat pemandangan yang aneh. Matanya terbe-lalak dan berwarna hitam. Aku menjadi takut dan memanjat ke atas dengan tidak menoleh ke belakang lagi.


Setelah sampai di apartmen, aku menghubungi salah seorang anak perempuan jenazah. Dia bersumpah agar aku menceritakan apa yang berlaku semasa memasukkan jenazah ke dalam kubur. Aku berusaha untuk mengelak, namun dia terus mendesakku hingga akhirnya terpaksa memberitahu. Dia berkata, "Ya Syeikh (panggilan yang sering diucapkan kepada seorang ustaz-red), ketika anda melihat kami bergegas keluar kerana kami melihat wajah ibu kami menghitam, kerana ibu kami tidak pernah sekalipun melaksanakan solat dan meninggal dalam keadaan berdandan."


Kisah nyata ini menegaskan bahawa Allah SWT menghendaki agar sebahagian hamba-Nya melihat bekas Su'ul khatimah hamba-Nya yang derhaka agar menjadi pelajaran bagi yang masih hidup. Sesungguhnya yang demikian itu merupakan pelajaran bagi orang-orang yang berakal.

Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda



Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, “Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?”
Lalu kami menjawab, “Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat.”

Sabda Rasulullah S.A.W. “Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
• Asap
• Dajjal
• Binatang melata di bumi
• Terbitnya matahari sebelah barat
• Turunnya Nabi Isa A.S
• Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
• Gerhana di timur
• Gerhana di barat
• Gerhana di jazirah Arab
• Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan ‘Ini adalah orang kafir’.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu ‘Ini adalah orang yang beriman’. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah ‘Ini adalah orang kafir’.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.
Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, ” Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq”
Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur’an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah.
Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.”
Sabda Rasulullah S.A.W, “Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat.”


Ini adalah salah satu tanda Kiamat...



Kehancuran Israel pertanda kiamat

Adakah Israel berhenti menyeksa saudara kita disana? Berapa ramai lagi nyawa mangsa akan yang melayang dan cerdera akibat serangan peluru berpandu yahudi laknatullah?

Allah Ta'ala berfirman:
"Dan telah Kami tetapkan bagi Israel dalam al-Kitab itu:" Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar ".
(Surah Al-Isra: 4) 

Ayat diatas cukup jelas bagi kita kekejaman zionis yahudi laknatullah terhadap rakyat Palestin adalah bukti nyata dari ayat diatas, kekejaman dan sikap angkuh yang dimiliki Israel sudah Allah gambarkan dalam firman tersebut.

Yahudi zionis laknatullah...pekat hitam dan gelap, itulah gambaran dari negera haram zionis yang tidak mempunyai hati perut, tidak mempunyai hati nurani dan pengecut. Bangsa yang hanya diliputi kebencian, ketamakan dan kekufuran. Bangsa yang hanya boleh mencintai bangsanya sendiri, bangsa yang ego yang sudah tertutup oleh kain kafan duniawi, bangsa yang sudah mati rasa dari rasa menghargai dan mencintai sebuah nyawa. Kebencian mereka kepada rakyat Gaza Palestin telah membuka kunci pintu neraka yang seluas-luasnya, keangkuhan dan kemajuan yang dinikmati sekarang ini adalah racun dan virus yang merebak dalam setiap urat ditubuh mereka. Melenakan mereka akan kenikmatan duniawi yang tidak hakiki.


Al-Qur'an menceritakan kehancuran Yahudi, seperti firman-Nya:

"Dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan Israel) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang Islam di bawah pimpinan Imam Mahdi) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam Masjid (Al-Aqsa), sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama, dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa yang mereka kuasai ". (Surah Al-Isra ': 7)

Tidak ada kekuatan di dunia ini yang mampu menghentikan kebiadaban yahudi zionis. Pengepungan dan pemenjaraan besar-besaran oleh penjajah yahudi zionis dengan pembangunan tembok pemisah bermula 16 Jun 2002 di Tebing Barat dengan alasan keselamatan. Panjang tembok tersebut mencapai 721 km sepanjang Tebing Barat dengan ketinggian mencapai 8 meter sehingga mengasingkan tanah pertanian milik penduduk Palestin yang ditanam pelbagai buah seperti anggur dan zaitun. Hal ini menyebabkan ekonomi Palestin runtuh. Pengepungan ini sudah jelaskan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

"Hampir tiba masanya tidak dibenarkan masuk (sekatan) kepada penduduk Iraq meski hanya satu qafiz makanan dan satu dirham," Kami bertanya dari mana larangan itu? 

Rasulullah menjawab: "Dari orang-orang asing yang melarangnya." Kemudian berkata lagi: "Hampir tiba masanya tidak dibenarkan masuk (sekatan) kepada penduduk Syam (Palestin) walaupun hanya satu dinar dan satu mud makanan." Kami bertanya: "Dari mana larangan itu? Beliau menjawab: Dari orang-orang Rom. "(HR. Muslim)

Siapa kekuatan yang mampu menghancurkan yahudi laknatullah? Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjelaskan:

"Akan muncul dari Khurasan (Afghanistan) bendera-bendera hitam, maka tidak ada seorang pun yang mampu mencegahnya, sehingga bendera-bendera itu dipasang di Eliya (al-Quds)". (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Nu'aim bin Hammad)

Semoga Allah selalu melindungi saudara-saudara kita di Gaza-Palestin, yakinlah Allah memberikan setiap ujian dengan hikmah yang besar.

Kehancuran Israel bererti kiamat telah dekat sehingga ramai orang mempertahankan kewujudan Negara haram yahudi tersebut, namun janji Allah dan Rasul-Nya pasti akan terlaksana:

"Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin memerangi bangsa Yahudi, sehingga orang Yahudi berlindung di balik batu dan pohon, lalu batu dan pohon tadi akan bercakap; Wahai orang Islam, hai hamba Allah! di belakangku ada orang-orang Yahudi, kemarilah, bunuhlah dia, kecuali pohon Ghorqod, sebab ia itu sungguh pohonnya Yahudi ". (HR. Ahmad)


16/12/12

Perang Akhir Zaman Bermula di Aleppo - huraian hadis



Perang Akhir Zaman Bermula di Aleppo

Telah bersabda Rasulullah SAW; "Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, Biarkanlah (jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu shalat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s." (HR. Muslim dari Sayidina Abu Hurairah R.A)



Sabda Rasullullah s.a.w: "Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rom. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut lalu kaum Rom telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera". (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Dalam hadis diatas digambarkan terdapat terdapat satu persepakatan antara kaum Muslimin dan bangsa Roman sekarang ini dikenali eropah dan pakatan ketenteraan mereka dikenali sebagai NATO. Kaum Muslimin di ajak bersama-sama dengan pakatan mereka untuk menentang musuh yang menjadi ancaman kepada mereka dan juga kaum muslimin. Ternyata pakatan eropah ini sudah mempunyai rancangan tersendiri iaitu mereka hanya ingin memperalatkan kaum muslimin bagi mencapai tujuan mereka. Mereka memberi bantuan persenjataan dan ketenteraan kepada kaum mujahidin kaum muslimin tetapi apabila kemenangan dicapai oleh mujahidin mereka mendakwa sebenarnya yang menang adalah pakatan salib.



Pakatan Salib Yang Dinaungi Knight Templer
Terdapat banyak sekali koleksi hadis-hadis berkenaan siri peperangan seumpama Armagedddon ataupun Peperangan Dunia ke-3 yang disabdakan Rasullullah s.a.w sebahagiannya digelar 'Hadis-hadis Fitan'. Imam Muslim membawa dalam penyusunan Sahih hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (r.) berkaitan dengan penaklukkan Konstantinopel (Istanbul sekarang):

Abu Hurairah melaporkan bahawa Nabi saw bersabda: "Pernahkah anda mendengar tentang sebuah bandar sebahagian yang berada di tanah dan sebahagian yang terletak di tepi laut?" Mereka berkata, "Ya, Wahai Rasulullah".Dia berkata: Hari Kiamat tidak akan berlaku sehingga sampai 70.000 dari keturunan Ishak dalam serangan itu. Ketika mereka datang ke sana, mereka akan turun dan tidak akan berperang dengan senjata dan tidak pula mereka melemparkan tombak apapun. Mereka akan berkata, "Tidak ada yang berhak disembah (sahaja) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar", dan satu setengah dari itu akan jatuh ... dan kemudian mereka akan mengatakan itu untuk kedua kalinya, "Tidak ada yang berhak disembah (sahaja) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar", dan bantuan akan diberikan kepada mereka, dan mereka akan memasukinya, dan mereka akan mengumpul dan membahagikan harta rampasan ketika pembawa berita akan datang kepada mereka, berkata, "Dajjal telah muncul ", sehingga mereka akan meninggalkan segala sesuatu dan kembali. (ke Syam)

Tentang "Bani Ishaq" (Anak-anak Ishak) disebutkan dalam hadis ini, Ibnu Katsir menulis dalam bukunya "an-Nihayah fil Fitan-wal-Malaahim", melalui "Ashraat kita-Saa'ah"Yusuf bin Abdullah al-Waabil :

Hal ini menunjukkan bahawa ar-Room (di Rom, yang bererti Eropah) akan menjadi Muslim pada akhir waktu, dan mungkin penaklukan Konstantinopel (Istanbul) akan melalui tangan-tangan mereka, sebagai hadis tersebut telah menyatakan, bahawa 70,000 dari Bani Ishaq dalam serangan itu.

Dan Ibnu Khatsir juga menunjukkan dalam perkara yang sama bahawa "ar-Room" (Rom ) adalah dari keturunan al-ees, putra Ishaq (Isaac) bin Ibrahim, Khalil (alaihis salaam). Dan dalam hadis lain dalam Shahih Muslim, yang lebih menjelaskan, dilaporkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda:

Hari Kiamat tidak akan datang sampai Rom akan mendarat di al-A'maaq atau dalam Dabiq. Suatu tentera yang terdiri daripada (tentera) terbaik dari orang-orang di bumi pada waktu itu akan datang dari Madinah (untuk melawan mereka). Ketika mereka akan menetapkan diri dalam barisan, maka Rom akan berkata: "Jangan berdiri di antara kami dan mereka (umat Islam) yang mengambil tahanan dari antara kita, marilah kita bertarung dengan mereka", dan Muslim akan berkata: "Sebenarnya, dengan izin Allah, kita tidak akan mendapatkan selain daripada anda dan dari saudara-saudara kami yang mungkin anda melawan mereka ". Mereka kemudian akan berperang dan sepertiga (bahagian) tentera akan melarikan diri, yang Allah tidak akan mengampuninya. Sepertiga (sebahagian daripada tentera).

Mereka akan menerima syahid yang terbaik di sisi Allah itu, akan dibunuh dan ketiga yang tidak pernah menerima keadilan akan menang dan mereka akan penakluk Konstantinopel. Dan ketika mereka akan sibuk dalam membahagikan barang rampasan perang (di antara mereka sendiri) selepas menggantung pedang mereka pada pohon-pohon zaitun, Iblis akan menangis: Dajjal telah terjadi di antara keluarga anda. Mereka kemudian akan meninggalkan (untuk kembali ke Syria), tetapi akan menjadi sia-sia. Dan ketika mereka kembali ke Syria, ia ( Dajjal ) akan keluar saat mereka akan masih mempersiapkan diri untuk pertempuran menyusun kedudukan.

Pada saat itu, ketika umat Islam akan mempunyai kelimpahan kekayaan, emas dan perak, kaum Muslim akan sangat diremehkan, lemah dan tak berdaya. Negara-negara musuh akan mengundang satu sama lain untuk menerkam mereka seumpama orang lapar mengundang satu sama lain untuk makanan. Para sahabat r.a. bertanya dengan bimbang mengucapkan, "Wahai Nabi Allah! Apakah kita akan sangat sedikit jumlahnya?" Nabi Muhammad saw menjawab: "Tidak, kamu dalam bilangan yang besar seumpama buih di lautan, terlihat di mana-mana mata boleh mencapai Tapi kamu akan dapat ditawan oleh 'wahn' ..!" Para sahabat r.a. bertanya, "Wahai Nabi Allah! Apa itu 'wahn' Baginda saw menjawab: "Cinta dunia dan takut mati!" Anda akan bergandingan tangan dengan kumpulan Kristian dan perang dengan yang lain.

Anda akan mendapatkan kemenangan. Pada masa itu, anda akan hadir dalam dataran pergunungan besar dengan banyak pohon. Sementara itu, orang-orang Kristian akan menaikkan salib dan merujuk kemenangan itu. Pada masa ini, seorang Muslim akan menjadi marah, dan akan menarik salib ke bawah, di mana, orang-orang Kristian akan bersatu untuk melanggar semua perjanjian dengan orang-orang Muslim. Orang Kristian akan menuntut beberapa orang yang mereka inginkan, di mana kaum Muslimin akan menjawab: "Demi Allah Mereka adalah saudara kami. Kami tidak akan akan menyerahkan .. " Ini akan memulakan perang. Muslim sepertiga akan melarikan diri. Pertaubatan mereka tidak akan diterima. Sepertiga akan dibunuh. Mereka akan menjadi 'syahid' yang terbaik di sisi Allah. Sisanya satu pertiga akan mendapatkan kemenangan, sampai, di bawah pimpinan Imam Mahdi, mereka akan berperang melawan kafir.. (HR Ibnu Majah) petunjukzaman

13/12/12

Mengembara Mencari Tuhan. Akhirnya Bertemu...



Posted by 

Ibnu Hasyim

Beliau...

SUATU hari, beliau diberitahu berkenaan dengan Tuhan. Rasa ingin tahunya menyebabkan beliau mula mencarinya. Jiwanya mula mengembara.

Sebagai seorang punk, beliau memakai subang , bertindik dan mempunyai tatu diseluruh badannya. Hampir semua perkara dipersoalkannya. Jauh di lubuk hatinya, beliau merasakan kehidupan ini bukanlah sekadar kekayaan, wang dan harta... Bukan sebagai erti dan tujuan kehidupan yang difahami umum di barat.

Suasana kehidupan menyebabkan seorang lelaki berbangsa kulit putih ini memilih muzik heavy metal punk untuk melepaskan rasa marahnya terhadap dunia yang didiaminya. Dia merasa marah terhadap pelbagai perkara, seperti ketidak adilan sosial masyarakat, serta perkara-perkara yang tidak difahami berlaku diselilingnya. Hal ini membentuk jiwanya sebagai seorang yang kuat memberontak dan keras.

Jiwanya yang tidak tenteram itu menyebabkan beliau sentiasa tercari-cari jawapankepada semua persoalan yang bersarang dalam fikirannya. Beliau mula mengkaji dan menyelidik maklumat berkenaan Tuhan di dalam agama-agama dan ideologi-ideologi manusia lain. Jiwanya terus mengembara, walaupun beliau dibesarkan dalam komuniti Kristian. Beliau mula mencari jawapan dalam agama itu. Beliau diberitahu berkenaan dengan Tuhan dan anak Tuhan di dalam ajaran Kristian. Jiwanya yang kuat memberontak menyebabkan beliau mula mempersoalkan jawapan yang diberikan itu.

Baginya, itu adalah suatu kelemahan kepada Tuhan apabila Tuhan memerlukan seorang anak. Seolah-olah Tuhan itu akan mati dan memerlukan seorang pengganti kelak dari kalangan anaknya sendiri. Adakah perlu Tuhan yang dikatakan Maha Perkasa ke atas alam ini memerlukan perkara seperti itu? Rasa tidak puas hatinya menyebabkan dia mula beralih kepada agama lain. Beliau mula cuba mencari jawapan di dalam agama Hindu. Dia mengetahui bahawa agama Hindu menyembah patung-patung yang disucikan.

Sebagai seorang yang keras dan pemberontak, beliau bertanya "Sekiranya saya pecahkan patung-patung yang kamu sembah itu, adakah patung-patung kamu itu mampu membalas balik dan mencederakan saya?'.

Para penganut Hindu menjawab , " Perbuatan itu adalah perkara yang amat buruk..".

Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, beliau bertanya lagi " Sekiranya saya campakkan patung-patung yang kamu sembah itu, adakah patung itu akan datang membunuh saya?".

Ternyata jawapan yang diberikan tidak memuaskan hatinya. Beliau ternyata kecewa dengan jawapan yang diberikan kerana patung-patung yang disembah itu seolah-olah tidak berdaya melakukan apa-apa. Seterusnya, beliau mula mencari erti ketuhanan didalam agama yahudi. Namun, beliau merasakan ajaran yahudi itu sendiri bukanlah sebuah agama tetapi lebih kepada doktrin perkauman. Bagaimana mungkin Tuhan yang mencipta pelbagai bangsa manusia secara tiba-tiba mengkehendaki sebuah agama yang hanya khusus untuk sesuatu bangsa, sedangkan dia sendiri bukan dari bangsa tersebut?

Hal ini amat pelik baginya seolah-olah Tuhan itu hanya untuk bangsa Yahudi sahaja, sedangkan manusia itu sendiri terdiri daripada pelbagai bangsa yang berbeza-beza.Pencariannya diteruskan lagi dengan mengkaji pelbagai ideologi-ideologi yang ada ketika itu. Beliau mendapati, sentiasa terdapat percanggahan dan perbezaan pendapat diantara ideologi-ideologi itu, kerana ia hanyalah rekaan manusia semata-mata berdasarkan ego masing-masing.

Suatu hari, ketika beliau berjalan-berjalan, beliau ternampak sebuah pamplet yang diedarkan di sebatang jalan. Beliau terlihat sebuah corak yang dilihatnya sewaktu kecil sebagai grafiti di sebuah tembok terdapat pada pamplet itu. Corak tersebut yang dilukis sebagai grafiti itu ditulis didalam bahasa arab dan beliau amat menyukainya ketika dia mula-mula melihatnya semasa kecil dahulu. Beliau amat berharap untuk mengetahui maksud corak grafiti atau tulisan Arab tersebut. Pamplet itu sebenarnya adalah sebuah risalah ringkas berkenaan dengan Islam.

Beliau hakikatnya tidak mengetahui apa-apa langsung mengenai Islam dan berazam untuk menyelidikinya. Akhirnya, didalam kekurangan buku-buku Islam ketika itu, dia berjaya menjumpai sebuah buku agama. Dia mendapati, buku itu juga turut mempunyai corak grafiti yang sama seperti mana pamplet itu. Sebagai seorang ahli muzik dan seni, beliau merasakan bahawa corak grafiti atau tulisan itu sangat indah dan cantik. Beliau terus membelek dan membaca buku itu sehinggalah terjumpa terjemahan Surah Al-Ikhlas di dalam buku tersebut.

Dia amat-amat kagum dan terperanjat dengan surah Al-Ikhlas yang menyatakan bahwa Tuhan itu adalah satu sahaja. Baginya, adanya alam ini sudah semestinya memerlukan Pencipta. Sudah tentu Tuhan yang menciptakan alam ini adalah satu, dan mustahil terdapat banyak Tuhan dalam menciptakan alam ini. Sekiranya bilangan tuhan itu banyak dalam menciptakan alam ini, sudah pasti setiap tuhan itu mempunyai pecahan kuasa dan tidak berkuasa sepenuhnya dan hal ini tidak sesekali lojik baginya. Tidak mungkin Tuhan yang dikatakan Maha Perkasa itu akan berkongsi kuasa dengan tuhan yang lain.

Sudah pasti akan berlaku perselisihan dan pergaduhan sesama tuhan itu. Dia menemui pencariannya selama ini apabila membaca baris akhir ayat tersebut yang menyatakan bahawa Tuhan itu sama sekali tidak sama dengan apa sesuatupun diatas muka bumi dan alam semesta ini. Beliau mengetahui bahawa apa saja yang berada di alam ini sama sekali tidak mempunyai kuasa yang hakiki ke atas setiap yang lain.

Jiwanya membuak-membuak untuk memahami dan memeluk Islam. Beliau amat yakin dengan apa yang dinyatakan oleh tulisan didalam buku itu. Tetapi, beliau tidak mengetahui untuk bertanya kepada siapa. Kehidupannya sebagai seorang punk menyebabkan beliau tidak kenal siapa pun yang beragama Islam untuk ditanya. Beliau tertanya-tanya bagaimanakah beliau dapat mempelajari agama ini. Akhirnya beliau mendapatkan sebuah buku telefon dan mencari suatu nombor yang mempunyai kaitan dengan Islam.

Beliau menjumpai nombor Masjid Besar London dan terus menghubunginya. Pihak masjid bersetuju untuk bertemu dengannya. Namun, apabila beliau sampai di situ, para petugas masjid amat terkejut. Beliau datang ke masjid itu dan menyatakan bahawa ingin ucap dua kalimah syahadah dengan penampilan yang menggerunkan. Iaitu memakai rantai, tali pinggang peluru, vest, subang, dengan badan bertatu di hampir keseluruhan badannya.

Akhirnya dia dibawa bertemu dengan setiausaha masjid itu dan melafazkan dua kalimah syahadah disitu. Itulah kisah hampir 20 tahun yang lalu dan kini, punk itu dikenali sebagaiBrother Abdul Malik, seorang pendakwah Islam yang aktif di Kota London.


video ceramah Bro Abdul Malik


Nota Editor: Pautan Youtube ditukar kepada pautan baru yang difikirkan sesuai, pautan asal tidak berfungsi/tiada capaian" 
 Tambahan: 
Tafsir Surah Al Ikhlas 1,2 dan 3, Tg Hj Nik Abd Aziz Nik Mat 


(IH/hanzarbosnia) 

8/12/12

Gambar batu ababil yang musnahkan tentera Abrahah!



Batu seberat 131 gram yang dikatakan ditemui pada tahun 571 M telah mendapat tawaran harga sebanyak 4 Juta USD.

Batu ini dipercayai adalah batu yang Allah SWT perintahkan burung Ababil membawanya lalu dilontarkan ke bawah untuk menghancurkan tentera bergajah sebagaimana kisahnya dalam Surah Al-Fil.

Lihat gambar batu tersebut di bawah:











Baca sumber asalnya di bawah:

رام الله - دنيا الوطن
رفض مواطن بيع قطعة أثرية عبارة عن حجر يعود لـ 1442 عاماً بمبلغ 4 ملايين دولار عرض عليه من مصر، بينما اكتفت هيئة السياحية وتحديداً مكتبها في منطقة الباحة بطلب صورة من الهوية الوطنية وترك الحجر والانصراف!
وقال المواطن صالح مسفر الغامدي لـ "سبق": "عثرت على حجر (سجّيل) يبلغ وزنه 131 جراماً، كعدد كلمات سورة الفيل بالتعوّذ والبسملة، ويحمل صورة طير وفيل وعليه ختم من الجانبين وأسراب طيور، وهو حجر كما وصفه القرآن سجيل طين متحجر محروق، يعود تاريخه لعام 571 ميلادي، أي منذ 1442 عاماً".
وأضاف الغامدي: "وجدت الحجر عام 1431هـ في وادي جرب التابع لمحافظة العقيق بمنطقة الباحة، وكان يسمى الوادي الأخضر، وهذا الوادي نزل فيه أبرهة الحبشي وجنوده، ومكثوا فيه فترة طويلة ولديهم جادة هنا".
وبيّن أنه عثر على الحجر بعد رؤيته مناماً في الليلة السابقة يتعلق بوالده وجده، ولفت إلى أنه استشار الكثير من الزملاء حوله، وذكر بعضهم أنه يمكن بيعه بمبلغ 50 ألف ريال الا أنه رفض بيعه.
وتابع يقول: "بعد مرور عام وتحديداً العام الماضي استشرت أحد الأصدقاء من الجنسية المصرية لديه أقارب يعملون بمجال الآثار في مصر، وخاطبناهم وأرسلنا صوراً للحجر، وبعد عدة مشاورات رضوا بشراء الحجر بـ 4 ملايين دولار، ورفضت بيعه لهم وعرضت الحجر على مكتب هيئة السياحة في منطقة الباحة، وطلبوا مني كتابة معروض وصورة للهوية الوطنية مع تسليم الحجر، إلا أنني رفضت تسليمه وما زلت محتفظاً به".

26/11/12

Zaharuddin: 'Lebih baik doakan individu atau organisasi dapat petunjuk'

NOR ATIEYAH YUSOFF
26 November 2012

Zaharuddin Abdul Rahman

SHAH ALAM – Berdoa untuk menghancurkan sesebuah organisasi tidak salah, jika ia membawa kebaikan.

Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, doa yang menjurus kepada organisasi, bukan individu, tidak melanggar adat berdoa.

Bagaimanapun, katanya, lebih baik mendoakan agar individu atau sesebuah organisasi itu mendapat petunjuk, dan ampunkan kesalahan mereka.

Beliau berkata, dalam keadaan rakyat sedar sesebuah organisasi itu dianggotai oleh ahli beragama Islam dan bukan Islam, doa ke arah kehancuran tidak menjadi masalah.

“Sekiranya doa itu dari individu yang dizalimi, maka doa untuk menghancurkan organisasi tertentu (yang bertanggungjawab) dibenarkan.

“Doa seperti menunjukkan mangsa meluahkan kekecewaan yang sudah sampai ke puncak akibat sering dizalimi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Zaharuddin, doa kepada individu agar dimusnahkan tidak digalakkan.

Beliau berkata, sebagai contoh, terdapat individu mendoakan kemusnahan kilang Lynas (nadir bumi) supaya tidak mendatangkan keburukan kepada penduduk setempat dan oleh itu, ia harus.

“Mereka (penduduk) sedar kehadiran kilang tersebut boleh membawa bencana dan kemudaratan terhadap kesihatan serta alam sekitar.

Kejatuhan ini dilihat sebagai membawa kebaikan dan menjamin keselamatan penduduk di situ,” katanya

Sumpah Ariel Sharon....

WARTAWAN SINAR HARIAN
26 November 2012

Tabung Kemanusiaan Gaza.

              "Saya bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan..."

Inilah sumpah janji Ariel Sharon pada 1956. Daripada ucapannya ini, tahulah kita kenapa Israel sehingga hari ini sengaja sasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin. Tujuannya jelas, mahu menunaikan sumpah Ariel Sharon. Menghapuskan pewaris di bumi Palestin.

Bagi Israel, ancaman kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding pemuda dewasa. Betapa tidak, di usia masih muda, kanak-kanak Palestin sudah ramai mampu menghafal al-Quran. Perkara ini menjadi momok luar biasa menakutkan Israel. Mereka menilai kanak-kanak generasi penerus perjuangan Palestin yang akan menentang berdirinya negara Zionis Israel.

“Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (H.R Bukhari dan Muslim).

Bagi umat Islam, antara sesama Muslim ibarat satu tubuh. Jika satu disakiti, maka yang lain juga menderita. Dan bagi sesama manusia pula, tidak kira bangsa dan agama, jika ada nilai kemanusiaan yang tulen, derita orang lain, setidaknya ada rasa kasihan terdetik di jiwa.

Jadi, sudah tentu menjadi kewajiban kita semua membantu segenap warga Palestin yang ditimpa musibah dan bencana akibat sumpah kerakusan Zionis Israel yang mahu melenyapkan anak-anak Palestin di negara kiblat pertama itu.

Bantuan boleh kita berikan dengan doa yang khusyuk kepada ALLAH, meminta kepada-NYA agar saudara kita diberi kekuatan hati dan sentiasa dalam lindungan-NYA; memberi sumbangan berupa wang dan sokongan moral serta sumbangan lain yang mereka perlukan.

Mari kita kikis sifat acuh kita agar peduli kepada saudara-saudara kita di Palestin. Ketika ini, kita mungkin asyik duduk di ruang berhawa dingin, menonton rancangan TV kegemaran dan bergurau senda dengan keluarga.

Sementara di Gaza, mereka berteduh di rumah bocor atap dan dindingnya; meratap di katil hospital menanggung sakit, berjaga-jaga menunggu serangan Israel yang entah bila benar-benar berakhir.

Menyumbanglah. Hulurkanlah derma menerusi Tabung Kemanusiaan Gaza-Sinar Harian, ke akaun Maybank, Sinar Karangkraf, 506164-019988. Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi Sekretariat Sinar Harian, Wan Norhasfiza Megat Hussain 03-51013820.

Sebelum ini, sumbangan pertama daripada Yayasan Nur Karangkraf RM50,000 diserahkan kepada Pengarah Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut bagi membeli ubat-ubatan untuk dihantar ke Gaza.

13/11/12

MERABUT KELEBIHAN BULAN MUHARRAM

ALLAH SWT berfirman (maksudnya), “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Surah at-Taubah, 9: 36)

Nabi SAW bersabda, “Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak ALLAH menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya empat bulan haram. tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Muharam ialah bulan yang mulia dan ia memiliki keutamaannya tersendiri. Nabi SAW menyatakan Muharam ialah bulan ALLAH, dan puasa yang paling afdal setelah Ramadan ialah puasa dalam Muharam.

Kata Nabi SAW, “Puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan ialah puasa di bulan ALLAH, al-Muharam. Solat yang paling afdal setelah solat yang difardukan adalah solat pada malam hari.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dalil-dalil ini semuanya menunjukkan kemuliaan di bulan haram, terutamanya Muharam. Selain itu, di dalamnya turut ditegaskan lagi akan larangan menganiaya diri. Ini menunjukkan perbuatan maksiat di bulan haram lebih diharamkan lagi berbanding bulan-bulan selainnya. Sebaliknya, amalan soleh pula akan diberikan ganjaran yang besar.

Hikmah bulan haram

Di antara hikmah dijadikan empat bulan haram di mana tiga bulan secara berturut-turut dan satu bulan lagi dengan menyendiri adalah bagi memberi ketenangan kepada umat Islam yang melaksanakan ibadah haji. Iaitu Zulkaedah merupakan satu bulan pertama sebelum bermulanya bulan haji. Seterusnya bulan Zulhijah di mana umat Islam disibukkan dengan ibadah haji dan melaksanakan manasiknya. Kemudian dijadikan bulan yang seterusnya juga sebagai bulan haram, iaitu Muharam supaya pada bulan tersebut mereka dapat kembali ke wilayah atau negara mereka masing-masing yang saling berjauhan secara aman.

Manakala Rejab yang berada di pertengahan tahun pula adalah supaya pada bulan tersebut umat Islam di sekitar Jazirah Arab dapat mengunjungi Kaabah dan melaksanakan umrah dengan aman. (Lihat: Tafsir Ibnu Katsir, 4/148)

Ini adalah kerana dalam bulan-bulan haram, umat Islam diharamkan untuk berperang melainkan sekiranya umat Islam lebih dahulu diserang atau diperangi. Pada ketika umat Islam lebih dahulu diserang, mereka dibolehkan untuk mempertahankan diri serta membuat serangan balas.

Amalan sunnah Muharam

Di antara amalan sunnah yang disebutkan secara khusus pada Muharam adalah berpuasa sunnah.

Sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas, puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan adalah puasa Muharam. Maksud puasa dalam hadis tersebut adalah puasa sunnah secara umum. Memperbanyakkan amalan puasa sunnah dalam bulan ini (Muharam) terutamanya pada hari ke-10 Muharam adalah termasuk sunnah-sunnah yang sangat dianjurkan.

‘Abdullah B ‘Abbas r.a berkata, “Nabi tiba di Madinah dan beliau mendapati orang-orang Yahudi sedang berpuasa ‘Asyura (hari ke-10 Muharam).” Nabi bertanya, “Puasa apakah ini?”

Orang-orang menjawab, “Hari ini adalah hari yang baik, iaitu hari di mana ALLAH telah menyelamatkan bani Israel daripada kejahatan musuhnya, maka Musa pun berpuasa sebagai tanda syukur beliau kepada ALLAH dan kami pun turut serta berpuasa.

” Nabi SAW pun berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kamu semua.” Akhirnya Nabi pun berpuasa dan memerintahkan umat Islam untuk berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sejarah penetapan puasa ‘Asyura mengalami beberapa fasa. Pada awalnya, ketika di Makkah Nabi berpuasa ‘Asyura tanpa memerintah orang lain untuk berpuasa. Kemudian apabila sampai di Madinah, beliau tetap terus berpuasa di hari Asyura dan memerintahkan umat Islam agar turut berpuasa.

Tetapi setelah perintah kewajiban berpuasa Ramadan turun, puasa pada hari Asyura menjadi sunnah dan tidak diwajibkan. Rasulullah mengatakan, “Sesiapa yang hendak berpuasa (pada hari Asyura), silakan berpuasa, bagi yang tidak berpuasa, juga tidak mengapa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Kemudian ketika di penghujung hayatnya, Rasulullah SAW bertekad untuk tidak hanya berpuasa pada hari Asyura (hari ke-10) Muharam, tetapi juga bertekad untuk puasa pada hari yang ke-9.

Ibnu ‘Abbas r.a berkata, “Ketika Nabi sedang berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabatnya untuk turut berpuasa, para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nashara.”

Maka Rasulullah SAW berkata, “Jika begitu, tahun depan insya-ALLAH kita puasa sekali pada hari yang ke sembilannya.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Tetapi belum sempat sampai tahun depan, beliau telah wafat terlebih dahulu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dari hadis ini, umat Islam tidak hanya disunnahkan agar berpuasa di hari ke-10 Muharam atau dikenali sebagai hari Asyura, tetapi juga turut disunnahkan agar berpuasa pada hari ke sembilan Muharam.

Rasulullah mengisyaratkan tentang kelebihan puasa ‘Asyura sebagaimana sabdanya, “Adapun puasa di hari Asyura, aku memohon kepada ALLAH agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Keutamaan Puasa Bulan Muharram dan Hari 'Asyura..

Disunnahkan mempernyak puasa pada bulan Muharram;


Rasulullah –Shallallaahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam bersabda:
“Puasa yang paling afdhal setelah Ramadhan adalah bulan Allah Muharram.”
Terutama puasa tanggal 9 (Tasu'a) dan 10 ('Asyura) Muharram, minimal tanggal 10 saja;

“Puasa hari ‘Asyura (10 Muharram), aku berharap kepada Allah agar menghapus dosa setahun yang lalu.”

Disunnahkan juga puasa Tasu’a (9 Muharram).
Tahun ini 2011, Insya Allah bertepatan hari SENIN dn SELASA 5 & 6 Desember 2011.
Semoga Allah Memudahkan..

Hadis-Hadis Seputar Puasa ‘Asyura:

1. Dari Abu Qatadah Radhiyallahu ‘Anhu, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam, bersabda “ Aku berharap pada Allah dengan puasa ‘Asyura ini dapat menghapus dosa selama setahun sebelumnya.”(H.R. Bukhari dan Muslim)

2. Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma berkata :
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam , berupaya keras untuk puasa pada suatu hari melebihi yang lainnya kecuali pada hari ini, yaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadhan.”(H.R. Bukhari dan Muslim)


3. Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma berkata :
Ketika Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam tiba di Madinah, beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari‚ Asyura, maka Beliau bertanya : “Hari apa ini?. Mereka menjawab :“ini adalah hari istimewa, karena pada hari ini Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuhnya, Karena itu Nabi Musa berpuasa pada hari ini. Rasulullah pun bersabda:
“Aku lebih berhak atas Musa daripada kalian“
Maka beliau berpuasa dan memerintahkan shahabatnya untuk berpuasa.(H.R. Bukhari dan Muslim)


4. Dalam riwayat lain, Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma berkata :
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam bersabda :
“Jika tahun depan kita bertemu dengan bulan Muharram, kita akan berpuasa pada hari kesembilan (tanggal sembilan).“(H.R. Bukhari dan Muslim)

5. Imam Ahmad dalam Musnadnya membawakan tambahan:“Hari ‘Asyura adalah hari ketika perahu Nabi Nuh berlabuh di bukit Judiy, lalu Nabi Nuh berpuasa sebagai bentuk syukur.”
Bagaimana Berpuasa ‘Asyura ?
Ibnu Qoyyim rahimahullah dalam kitab Zaadul Ma’aad –berdasarkan riwayat-riwayat yang ada- menjelaskan :

- Urutan pertama, dan ini yang paling sempurna adalah puasa tiga hari, yaitu puasa tanggal sepuluh ditambah sehari sebelum dan sesudahnya (tgl 9, 10 & 11).

- Urutan kedua, puasa tanggal 9 dan 10. Inilah yang disebutkan dalam banyak hadits.

- Urutan ketiga, puasa tanggal 10 saja.

Puasa sebanyak tiga hari (9, 10,dan 11) dikuatkan para para ulama dengan dua alasan sebagai berikut :

1. Sebagai kehati-hatian, yaitu kemungkinan penetapan awal bulannya tidak tepat.

2. Dimasukkan dalam puasa tiga hari setiap bulan.

Semoga Bermanfaat..

12/11/12

Makkah dan Madinah adalah yang paling terang dan cantik apabila dilihat dari angkasa lepas.






RIYADH: Seorang angkasawan Russia semalam berkata, bandar suci Makkah dan Madinah adalah yang paling terang dan cantik apabila dilihat dari angkasa lepas.


Angkasawan berkenaan memberitahu demikian kepada pelajar Arab Saudi yang menyertai program Persatuan Kembara Angkasa Lepas semalam.




“Ketika berada di angkasa lepas, kami tidak berdepan dengan masalah untuk merakam gambar bandar raya di bumi pada siang hari.


“Tetapi, sebelah malam, ia begitu rumit dan anda perlu menggunakan teknik khas. Namun, saya berjaya merakam gambar beberapa bandar waktu itu. “Yang mengejutkan saya, ialah Makkah dan Madinah begitu terang berbanding bandar lain di seluruh dunia ketika waktu malam,” kata angkasawan Anatoly Ivanishin.




Menurutnya, bandar lain tidak begitu jelas ketika itu tetapi pemandangan Makkah dan Madinah begitu menakjubkan dan tidak diduga. - AN

11/11/12

Walimatul Urus Yang Terurus

Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus



Antara aktiviti lazim pada musim cuti sekolah adalah kesibukan memenuhi undangan-undangan walimatul urus atau majlis kenduri kahwin yang kebiasaannya dilangsungkan pada hujung minggu. Adakalanya kita perlu menghadiri lebih dari dua majlis dalam satu hari. Pada dasarnya majlis kenduri kahwin ini memang sesuatu dianjurkan oleh syarak. Ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a, di mana beliau berkata: “Ketika tiba waktu pagi hari setelah Nabi s.a.w. menjadi seorang pengantin dengan Zainab bin Jahsy, baginda mengundang orang-orang, lalu mereka dijamu dengan makanan dan setelah itu mereka pun bersurai.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari) Apabila baginda mengetahui ‘Abdurrahman bin ‘Auf baru bernikah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:“Laksanakanlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari) Menurut Ibnu Qudamah r.h di dalam al-Mughni: “Tiada perbezaan pendapat di antara ahli ilmu, bahawasanya hukum walimah di dalam majlis perkahwinan adalah sunnah dan disyari’atkan (sangat dituntut), bukan wajib.”


Tujuan untuk melaksanakan kenduri kahwin adalah sebagai tanda syukur kepada Allah s.w.t dan tanda kegembiraan kerana dapat mendirikan rumah tangga yang merupakan suatu perkara yang amat dituntut dalam Islam. Majlis ini juga dipergunakan untuk mengisytiharkan status kedua pasangan pengantin tersebut sebagai pasangan suami isteri yang sah. Justeru itu janganlah majlis yang mulia ini dicemari dengan sesuatu perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam.


Hendaklah ia diadakan secara sederhana bertepatan dengan tujuan perlaksanaannya iaitu untuk mendapat keredhaan Allah. Laksanakan majlis tersebut sesuai dengan kemampuan dan elakkan pembaziran kerana sesungguhnya membazir itu perbuatan syaitan. Firman-Nya: “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat engkar kepada Tuhannya.” (al-Isra’ : 27) Jangan pula setelah majlis perkahwinan selesai, pasangan yang baru hendak memulakan hidup baru tersebut dibebani dengan hutang piutang dek kerana terpaksa menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan yang diadakan secara besar-besaran.


Ada golongan yang berbelanja besar untuk majlis kahwin ini bertujuan untuk berbangga-bangga dan menunjuk-menunjuk kemewahan dan kekayaan mereka. Untuk kelompok ini sila perhatikan sabda Rasulullah s.a.w.: “Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sifat sombong sekalipun hanya sebesar zarah.” (Hadis riwayat Imam Muslim) Ada juga di antara kita yang memilih-milih dalam menjemput tetamu untuk majlis mereka. Mereka berbangga sekiranya yang hadir dalam majlis tersebut terdiri dari golongan-golongan VVIP berpangkat tinggi, golongan hartawan dan para selebriti. Ahli keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga yang tiada status atau harta dilupakan. Ada segelintir pihak yang membahagikan majlis perkahwinan ini untuk golongan kaya dan miskin. Untuk si miskin memadailah dengan majlis yang dilakukan di halaman rumah sahaja manakala untuk si kaya dianjurkan satu majlis khas berasingan di hotel-hotel terkemuka. Majlis perkahwinan mengikut kasta ini pernah ditegur oleh Rasulullah s.a.w. menerusi sabdanya: “Seburuk-buruk makanan adalah makanan walimah, yang mana di dalam walimah tersebut tidak mengundang orang yang memerlukan (fakir), dan hanya mengundang orang yang tidak memerlukan (orang kaya)” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari) Apa yang lebih menepati sunnah adalah memenuhkan majlis kenduri kahwin dengan menjemput golongan yang beriman, bertakwa dan tekun mengikuti ajaran Islam. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Jangan kamu bersahabat kecuali dengan orang yang beriman, dan janganlah memakan makananmu kecuali orang yang bertakwa.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud)


Hindarilah amalan khurafat, tahyul dan syirik dalam majlis kenduri kahwin. Terdapat pihak yang mengundang tukang ramal untuk menentukan keserasian pasangan atau tarikh yang sesuai untuk dilangsungkan majlis. Perkhidmatan bomoh hujan juga agak laris ketika musim penganjuran majlis kenduri kahwin dalam usaha untuk menahan hujan dari turun. Kononnya bomoh-bomoh ini berkemampuan untuk mengalih hujan. Mempercayai ramalan tukang ramal dan menggunakan khidmat bomoh merupakan suatu perbuatan yang tercela dalam Islam. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa mendatangi tukang ramal dan bertanyakan kepadanya tentang sesuatu lalu dia membenarkan apa yang dikatakannya, maka solatnya tidak diterima selama empat puluh hari.” (Hadis riwayat Imam Muslim) Baginda juga telah bersabda: “Barangsiapa mendatangi dukun atau ‘arraaf (tukang ramal), lalu dia membenarkan apa yang dikatakannya, maka dia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w.” (Hadis riwayat Imam Ahmad). Terdapat juga amalan-amalan tahyul untuk mengelak hujan seperti mencampak baju milik pengantin di atas bumbung, menjerang air disepanjang majlis dan lain-lain lagi. Amalan sebegini memang nampak tidak masuk akal tapi ia sememangnya pernah diamalkan oleh masyarakat Melayu. Jika tidak mana mungkin Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pernah bersidang untuk mengeluarkan fatwa seperti ini: “Amalan meletakkan baju pengantin di atas bumbung bagi menahan hujan turun adalah dilarang sama sekali kerana kepercayaan tersebut adalah merupakan satu khurafat dan boleh merosakkan akidah sebagai seorang Islam.” Sekiranya ingin cuaca cerah ketika majlis walimah maka berdoalah kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. turut pernah mengajar kita doa yang boleh kita praktikkan sebagaimana berikut:

اَللَّهُمّ حَوَاليَنْاَ وَلاَعَليَنْاَ، اَللَّهُمَّ عَلىَ اْلآكاَمِ وَالظِّرَابِ، وَبُطُوْنِ اْلأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami (di luar kawasan kami), bukan untuk merosakkan kami. Ya Allah, turunkanlah hujan ke dataran tinggi, beberapa anak bukit, perut lembah dan beberapa tanah yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.” (Hadith Riwayat Imam al-Bukhari)


Antara kepercayaan khurafat dan syirik dalam majlis perkahwinan adalah keyakinan bahawa majlis menepung tawar dapat menolak bala dan memberi kebahagiaan kepada pasangan pengantin tersebut. Amalan ini dikatakan bersumber dari agama hindu yang menjadikannya upacara majlis tolak bala. Pemikiran atau amalan sedemikian rupa boleh mencemari akidah umat Islam dan perlu dihindari sebagai langkah berjaga-jaga. Tambahan pula amalan ini adalah sia-sia sahaja kerana tidak mendatangkan sebarang faedah atau kebaikan kepada pasangan pengantin maka pesanan Rasulullah s.a.w. dalam hal-hal seperti ini adalah: “Di antara kebagusan keislaman seseorang ialah dia meninggalkan perkara yang tidak berguna bagi dirinya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)


Berkaitan amalan bersanding pula ia bukan termasuk dalam sunnah Nabi dalam penganjuran majlis kenduri kahwin dan ia juga dikatakan berasal dari amalan masyarakat India. Justeru ada dikalangan para ulamak yang menentang amalan ini apatah lagi seringkali ia dilaksanakan dengan keadaan para pengantin memakai pakaian yang tidak menutup aurat secara sempurna, tabarruj iaitu perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai dan seringkali ia terpalit dengan amalan membazir kerana kos pelamin dan perhiasannya juga agak tinggi. Terdapat juga sesetengah ulamak yang berpandangan amalan bersanding ini hanyalah sekadar adat dan boleh dilaksanakan tetapi dengan syarat-syarat yang tertentu seperti pakaian dan perhiasan pengantin sesuai dengan syarak, ia tidak dijalankan secara terbuka kepada yang bukan mahram dan tidak membazir. Jika tidak mampu mengikuti syarat-syarat tersebut, langkah yang lebih selamat adalah tidak melakukan upacara persandingan tersebut.


Pasangan pengantin dalam majlis perkahwinan dilayan seperti pasangan di Raja. Kedua mempelai memiliki singgahsana, dihidang dengan makanan mewah yang lazat di meja khas ketika makan beradat dan diarak secara ekslusif di dalam majlis tersebut. Dari sinilah datangnya istilah Raja Sehari dalam budaya majlis perkahwinan orang Melayu. Apabila dilayan seperti raja maka tempoh masa pasangan pengantin untuk melayan tetamu yang datang untuk meraikan mereka agak terhad kerana jadual mereka pada hari itu agak padat. Budaya raja sehari ini juga kurang menepati konsep walimah yang dianjurkan Islam iaitu pengantin sepatutnya menjadi pelayan dan melayani tetamu. Sahl bin Saad ra memberitahu bahawa Abu Usaid as-Sa’idi mengundang Rasulullah ke majlis jamuan pernikahan beliau dan ketika itu isterinya yang menjadi pengantin perempuan itulah yang sibuk melayani tetamu dan keperluan mereka. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari) Konsep Raja Sehari ini juga adalah perkara berkaitan adat semata-mata namun jika hendak diteruskan pastikan pasangan pengantin dapat meluangkan masa secukupnya untuk melayani para tetamu.


Terdapat pelbagai cara ucapan tahniah yang diucapkan kepada pasangan pengantin seperti “Selamat pengantin baru, semoga bahagia hingga ke anak cucu” “Semoga mendapat banyak anak” “Tahniah kerana sudah menjadi pasangan suami isteri” dan lain-lain lagi. Sebenarnya Rasulullah s.a.w. pernah memberi panduan tentang cara memberi ucap selamat serta mendoakan kedua pasangan pengantin serta keluarga mereka. Antara doa yang disunnahkan untuk diucap kepada para pengantin adalah:

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ

Semoga Allah memberkatimu dan mencurahkan barakah ke atasmu dan mengumpulkan kedua-dua kamu dalam kebaikan (Hadis Riwayat Imam Abu Dawud).


Doa untuk keluarga pengantin yang menjemput kita makan pula adalah:


اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِيمَا رَزَقْتَهُمْ وَاغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُم

Ya Allah, ampunilah mereka, dan rahmatilah mereka dan berkatilah mereka pada apa yang telah Engkau kurniakan kepada mereka. (Hadis Riwayat Imam Muslim)


Oleh itu adalah lebih wajar bagi kita untuk memilih ucapan-ucapan yang bersumber dari Rasulullah s.a.w. kerana baginda merupakan contoh ikutan kita yang terbaik sebagaimana firman Allah S.W.T.:“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak mengingat Allah.” (al-Ahzaab : 21)


Penganjur majlis kenduri kahwin ini juga handaklah berusaha untuk mengasingkan tempat duduk lelaki dan wanita sebagai usaha untuk menjauhkan ikhtilat (percampuran bebas) lelaki dan wanita sebagaimana yang sering wujud dalam majlis-majlis perkahwinan. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Dua mata itu boleh berzina, dan zinanya adalah pandangan (pada bukan mahram).” (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari)


Semua pihak sepakat bahawa penganjuran majlis kenduri kahwin atau walimatul urus ini merupakan suatu yang dituntut dalam agama. Justeru hendaklah kita berusaha agar majlis ini diuruskan sejajar dengan ajaran Islam. Apa jua perkara yang berbentuk maksiat, kerpercayaan karut yang mencemar akidah dan amalan-amalan bid’ah hendaklah diketepikan. Ya! Memang sukar untuk kita mengubah sesetengah amalan yang telah sebati dan menjadi adat dalam masyarakat. Namun jika generasi baru tidak mengorak langkah untuk melakukan perubahan, maka amalan-amalan yang bertentangan dengan syarak akan terus diamalkan dan upaya untuk menghidupkan sunnah-sunnah Nabi akan terus malap.

ANGAN JADIKAN SAKIT SEBAGAI ALASAN UNTUK MENCUAIKAN SOLAT.

Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus



Sakit pada suatu sisi dilihat sebagai suatu perkara yang negatif kerana ia menimbulkan perasaan tidak selesa terhadap tubuh manusia namun ia sebenarnya merupakan ujian Allah s.w.t. terhadap hamba-hambanya. Bagi mereka yang redha dan sabar dengan ujian ini maka sakit tadi akan berubah menjadi nikmat kerana ia akan menghapuskan dosa-dosa yang lalu dan dicatat sebagai suatu amalan mulia yang berhak mendapat pahala serta darjatnya disisi Allah s.w.t. akan ditingkatkan. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidaklah seorang mukmin yang terkena sesuatu penyakit meskipun hanya pada uratnya sahaja, melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosanya dengan peyakit tersebut, akan dicatatkan baginya satu kebaikan dan diangkat darjatnya.” (Hadis riwayat Imam Thabarani)
Namun begitu adakah sakit ini tetap akan menjadi nikmat sekiranya ia dijadikan alasan untuk meninggalkan solat? Tahukan anda bahawa Rasulullah s.a.w. pernah memberi ancaman yang amat berat bagi mereka yang meninggalkan solat? Sabda Rasulullah s.a.w.: “Perjanjian di antara kita (orang Islam) dan mereka (orang kafir) ialah solat, dan barangsiapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi) Dan sabdanya lagi:“Sesungguhnya yang memisahkan antara seseorang dengan kesyirikkan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat.” (Hadis riwayat Imam Muslim) Jika pesakit mencuaikan solat, sudahlah merana ditimpa penyakit kemudian perlu pula menanggung dosa besar kerana melakukan perkara yang bercanggah dengan syarak. Ini bolehlah diibaratkan bak kata pepatah “sudah jatuh ditimpa tangga.”
Pertama sekali adakah benar tanggapan sesetengah pihak bahawa meninggalkan solat itu dibenarkan bagi pesakit? Mari kita perhatikan sabda Rasulullah s.a.w. ini: “Di angkat al-Qalam (taklif atau beban hukum) daripada tiga golongan manusia iaitu daripada orang yang tidur sehingga terjaga, kanak-kanak kecil sehingga baligh dan orang gila sehingga pulih.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud) Ternyata pesakit tidak termasuk tiga golongan yang terangkat dari beban hukum melainkan pesakit yang tidak sedarkan diri dan hilang akal atau gila. Oleh itu hendaklah para pesakit tetap mengerjakan solat mengikut keupayaan mereka. Islam telah memberikan rukhsah (kemudahan) yang banyak bagi para pesakit agar tetap dapat melaksanakan solat walaupun dalam keadaan sakit.
Di dalam ilmu fekah terdapat kaedah “keadaan darurat menghalalkan yang haram” (ad-dharuratu tubiihul mahzhuraat). Pada dasarnya sememangnya terdapat syarat-syarat sah solat yang perlu dipatuhi oleh setiap insan namun menerusi rukhsah yang Allah s.w.t. kurniakan kepada para pesakit sesetengah hukum itu tergugur atau dipermudahkan atas dasar darurat serta kesukaran yang terpaksa dilalui oleh pesakit tersebut dalam mendirikan solat. Perkara asas yang perlu kita fahami adalah dalam kehidupan, Allah s.w.t. tidak membebankan hambanya dengan sesuatu yang di luar batas kemampuan mereka. Firman Allah s.w.t: “…(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.” (al-Baqarah: 185).



Sebagaimana yang kita maklum seseorang itu perlu bersolat dengan tubuh badan serta pakaian yang suci dari sebarang najis dan menutup aurat. Namun begitu jika pesakit itu tidak mampu melakukannya dan tiada orang lain yang boleh membantunya untuk menyucikan najis yang terdapat di pakaian, tubuhnya atau kawasan solatnya maka hendaklah dia tetap mengerjakan solat dalam keadaan itu dan solatnya tetap sah tanpa perlu mengulanginya di kemudian hari. Begitu juga bagi pesakit yang sentiasa berhadas seperti wanita yang mengalami istihadah (darah penyakit yang keluar berterusan dari kemaluannya), penghidap penyakit kencing tidak lawas atau pesakit yang memakai colostomy bag (alat yang dipasang di perut kepada pesakit yang tidak boleh membuang air besar secara normal) dan continuous bladder drainage (sejenis alat yang dipakaikan kepada pesakit yang tidak boleh membuang air kecil secara normal) mereka tetap perlu bersolat dalam keadaan badan tubuh bernajis. Sebelum berwuduk berusahalah untuk menghilangkan najis tersebut sekadar termampu seperti dengan membersihkan bahagian kemaluan atau menukarkan beg atau plastik yang berisi najis tersebut. Pesakit hendaklah mengambil wuduk apabila telah masuk waktu solat dan terus mendirikan solat iaitu tanpa diselangi dengan sebarang perbuatan lain. Sekiranya ketika bersolat solat air kencing meleleh, darah atau najis terkeluar ianya tidak membatalkan wuduk mahupun solat. Begitu juga bagi pesakit yang tidak mampu menutup aurat dan tiada sesiapa yang boleh membantunya ketika itu, hendaklah dia solat dengan apa jua pakaian yang ada pada tubuhnya ketika itu.
Berwuduk sebelum solat tetap diwajibkan kepada para pesakit. Jika pesakit tidak mampu bergerak maka dia boleh meminta bantuan pihak lain untuk mewudukkannya. Sekiranya tubuh pesakit tidak boleh terkena air kerana ia akan menjadikan penyakitnya bertambah parah maka hendaklah dia bertayamum dengan menggunakan debu suci baik untuk hadas kecil atau hadas besar. Firman Allah s.w.t.: “…dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi hadas atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu yang suci) iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.” (al-Nisaa’ : 43) Bagi pesakit yang melecur sehingga tidak boleh berwuduk mahupun bertayamum maka dia dianggap tidak perlu bersuci dan dibenarkan bersolat dalam keadaan begitu.
Al-Jabirah adalah sesuatu yang dijadikan pengikat pada anggota badan yang patah atau tergeliat mahupun balutan kepada anggota yang luka, melecur dan lain-lain bentuk kecederaan dan balutan tersebut diperbuat dari kain, bahan plastik, simen, kayu dan selainnya. Pada bahagian anggota wuduk yang berbalut al-Jabirah, sesetengah ulamak berpendapat memadai pesakit itu menyapu balutan tersebut (dengan tangan yang dibasahi air) tanpa perlu membasuhnya untuk berwuduk. Namun ada juga di kalangan para ulamak yang berpendapat bahawa kawasan yang berbalut tersebut tidak perlu disapu kerana telah gugur hukum wajib membasuh ke atasnya dalam rangka memberi kemudahan. Menurut Syaikh al-Albani r.h di dalam Tamamul Minnah Fit Ta’liq ‘Ala Fiqhus Sunnah: “Hadis-hadis (berkaitan wajib menyapu atas balutan) ini -kerana begitu sangat lemahnya- tidak dapat dikuatkan oleh banyaknya jalur periwayatan.” Seterusnya Syaikh al-Albani membahaskan secara ringkas kelemahan hadis-hadis tersebut lalu beliau membawa pendapat Imam Ibnu Hazm r.h: “Oleh sebab itu, Ibnu Hazm memilih tidak disyari’atkan menyapu pembalut. Beliau berkata: Dalilnya adalah firman Allah: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” (al-Baqarah : 286) dan Sabda Nabi s.a.w.: “…dan jika aku menyuruh kamu melakukan sesuatu maka lakukanlah sesuai dengan kemampuanmu.”(Hadis riwayat Imam al-Bukhari) Menurut Syaikh al-Albani inilah pendapat yang yang lebih menepati kebenaran kerana ianya lebih mencerminkan kemudahan (rukhshah) dalam bersuci.
Para pesakit turut diberikan kemudahan dalam menunaikan solat mengikut keupayaannya. Ajaran Islam tidak memaksa seorang pesakit untuk berdiri ketika menunaikan solat sekiranya dia tidak mampu untuk berdiri. Solat tersebut hendaklah dilakukan menurut kemampuan dan keupayaannya. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Hendaklah kamu menunaikan solat dalam keadaan berdiri, jika kamu tidak mampu, maka lakukanlah dalam keadaan duduk, dan sekiranya kamu tidak mampu juga, tunaikanlah solat dalam keadaan berbaring” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari). Bagi yang solat secara duduk cara duduknya ialah duduk seperti semasa membaca tahiyat awal. Namun sekiranya tidak mampu, hendaklah duduk mengikut kemampuannya. Jika tidak mampu untuk duduk maka hendaklah seseorang itu solat dalam keadaan baring sambil mengiring di atas rusuk kanan. Muka dan dada dihadapkan ke arah kiblat sedangkan rukuk dan sujud dilakukan menerusi isyarat kepala. Jika pesakit tidak mampu untuk solat secara mengiring maka solatlah dalam keadaan baring sambil terlentang. Kakinya menghala ke arah kiblat dan kepala ditinggikan sedikit agar muka dapat dihadapkan ke kiblat. Sekiranya dalam keadaan ini juga tidak mampu, solatlah secara melakukan isyarat kelopak mata ataupun solat dengan hatinya. Begitu juga dengan persoalan menghadap kiblat, sekiranya pesakit tidak berupaya untuk memposisikan diri mereka arah kiblat dan tiada orang lain yang dapat membantunya maka hendaklah dia bersolat dalam keadaan menghadap ke mana sahaja.
Apabila pesakit merasakan sukar baginya untuk mengerjakan solat mengikut waktu yang telah ditetapkan, maka dalam rangka memberikan kemudahan kepada para pesakit, dia dibenarkan untuk menjamak (menghimpun) solatnya. Dalil yang membolehkan menjamak solat sekiranya terdapat kesukaran untuk mengerjakan solat mengikut waktu adalah sebuah riwayat daripada dari Ibnu ‘Abbas r.a: “Rasulullah s.a.w. pernah menjamak solat Zuhur dan Asar serta Maghrib dan Isyak di Madinah (bukan dalam musafir), bukan kerana dalam ketakutan atau hujan.” Lalu orang bertanya kepada Ibnu ‘Abbas: “Kenapa Nabi s.a.w. berbuat sedemikian?” Jawabnya: “Baginda bertujuan agar tidak menyukarkan umatnya.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud)
Demikianlah beberapa contoh kemudahan yang dikhususkan kepada pesakit untuk mendirikan solat. Apa yang dapat kita simpulkan adalah penyakit yang menimpa seseorang itu tidak pernah menggugurkan kewajipan solat selagimana pesakit tersebut masih sedar dan boleh berfikir secara waras.

Ziarah Kubur Menurut Sunnah Rasulullah S.A.W.





Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Tiada makhluk bernyawa yang akan kekal hidup selamanya. Firman Allah: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati”(Ali Imran: 185). Ketahuilah bahawa kematian pasti tiba kepada seluruh umat tanpa mengenal erti bangsa, kedudukan, kekayaan atau kekuatan. Tiada sesiapa pun yang boleh melarikan diri daripada maut. Apabila ditetapkan waktu kematian seseorang, ia tidak akan tertunda atau dicepatkan walaupun sesaat. Firman Allah bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetap menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).” (Al-Jumu’ah: 8) Setelah tercabut nyawa seseorang maka dia akan menempuh alam barzakh dan alam akhirat dan menerima balasan yang setimpal dengan amalannya semasa di dunia. Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w. memerintahkan kita untuk banyak-banyak mengingat kematian agar kita lebih berwaspada dalam menghadapi liku kehidupan dan sentiasa berusaha menurut perintah Allah dan Rasul-Nya serta meninggalkan larangannya kerana kita tidak tahu bila ajal tiba. Oleh itu, Islam amat menganjurkan kita sentiasa mengingati kematian. Baginda bersabda:“Perbanyaklah mengingat pemutus kelezatan (yakni kematian) ”(Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)


Di antara cara yang paling efektif untuk kita merenungkan tentang alam kematian dan akhirat adalah dengan menziarahi kubur. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dahulu aku telah melarang kalian dari menziarahi kubur, sekarang berziarahlah kerana sesungguhnya ia dapat melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan kepada Hari Akhirat. Akan tetapi janganlah kalian berkata-kata dengan perkataan yang keji dan batil” (Hadis riwayat Imam al-Hakim di dalam al-Mustadrak). Sekiranya ziarah kubur ini banyak manfaatnya pasti Rasulullah s.a.w. telah memberi penjelasan tentang adab-adab yang perlu kita patuhi kerana Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan segala perkara yang dapat membantu umatnya untuk menjejak syurga sebelum baginda wafat. Baginda bersabda: “Tidaklah tertinggal sesuatu pun yang mendekatkan ke syurga dan menjauhkan dari neraka melainkan telah dijelaskan semuanya kepada anda.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) Oleh itu mari kita memperhalusi apa yang Rasulullah sampaikan kepada kita tentang ziarah kubur.


Apabila berjalan di dalam kawasan perkuburan hendaklah seseorang itu membuka selipar atau kasutnya. Ini berdasarkan sebuah riwayat di mana Rasulullah s.a.w. pernah melihat seorang lelaki yang berjalan di antara kubur dengan memakai sepasang kasut, lalu baginda menegurnya: “Wahai pemilik kasut al-Sibtiyyah! Celakalah engkau! Lemparkanlah kasut al-Sibtiyyah engkau itu.” Maka lelaki itu menoleh lalu tatkala mengenali yang menegur itu ialah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, dia membuka kedua-dua kasutnya itu dan melemparnya.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud).


Di larang memijak kubur-kubur yang berada di kawasan itu ketika berjalan disekitarnya. Jabir r.a menerangkan: “Nabi s.a.w. melarang dari mengkapur kubur, menulis di atasnya, membuat binaan di atasnya dan memijaknya.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi) Menerusi hadis ini juga terdapat larangan-larangan Rasulullah yang semakin tidak di endahkan oleh umat Islam iaitu tidak membuat binaan disekeliling kubur dan tidak menulis nama, doa-doa atau ayat-ayat al-Qur’an di batu nisan mahupun di binaan sekeliling kubur. Imam al-Syafi’i r.h di dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Saya menyukai agar kuburan tidak dibangunkan dan tidak pula dikapur (disimen) kerana perkara ini menyerupai hiasan dan kebanggaan sedangkan kuburan bukanlah perhiasan atau bangunan yang dibanggakan; dan saya tidak melihat kuburan golongan muhajirin dan ansar (iaitu para sahabat Nabi) yang dikapur.”


Rasulullah s.a.w. turut mencela mereka yang bersandar kepada kubur dan duduk di atasnya. ‘Amr bin Hazm al-Anshari r.a menceritakan: “Rasulullah s.a.w. melihat aku bersandar kepada sebuah kubur lalu baginda berkata: “Jangan menyakiti ahli kubur ini.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) Rasulullah s.a.w. turut bersabda: “Sungguh, jika seseorang kalian duduk di atas bara api lalu ia membakar pakaiannya sehingga mengenai kulitnya lebih baik baginya dari dia duduk di atas kubur.” (Hadis riwayat Imam Muslim) Betapa ramai umat Islam pada zaman ini yang tidak mematuhi larangan ini terutamanya semasa upacara pengkebumian jenazah di mana kubur-kubur pihak lain dipijak, disandar dan diduduk di atasnya tanpa rasa bersalah.


Umat Islam turut di larang untuk membuang air besar mahupun kecil di kawasan perkuburan. Rasulullah s.a.w. bersabda:“Sungguh, berjalan di atas bara api atau pedang atau aku ikat kasutku dengan kakiku lebih aku sukai dari berjalan di atas kubur orang Islam. Tidak ada beza keburukannya bagiku sama ada membuang hajat di tengah perkuburan atau di tengah pasar (kedua-duanya amat buruk, maka jangan melakukannya).” (Hadis riwayat Imam Ibnu Majah)


Rasulullah s.a.w. memerintahkan untuk mengucapkan salam dan mendoakan ahli kubur. ‘Aishah telah berkata: “Rasulullah pernah keluar ke Baqi’ (tempat pemakaman kaum muslimim), lalu baginda mendoakan mereka. Kemudian aku (iaitu ‘Aisyah) bertanya tentang hal itu, baginda menjawab: “Sesungguhnya aku diperintahkan hal itu.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) Di antara doa yang telah diajarkan oleg baginda adalah: “Salam sejahtera wahai penghuni kubur mukminin dan muslimin dan Insya Allah kam akan menyusulmu. Aku mohon keselamatan kepada Allah bagi kami dan kamu.”(Hadis riwayat Imam Muslim) Ketika berdoa hendaklah menghadap ke arah kiblat dan bukan ke arah kubur. Tentang amalan kebanyakan umat Islam membaca al-Qur’an sama ada surah Yasin atau yang lainnya di kuburan maka amalan ini tidak sah bersumberkan daripada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jangan jadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah.” (Hadis riwayat Imam Muslim) Hadis ini menunjukkan bahawa kawasan perkuburan bukanlah tempat untuk membaca al-Qur’an sebagaimana rumah. Menerusi hadis ini juga, dapatlah difahami bahawa dilarang menjadikan rumah seperti kuburan yang tidak dibacakan al-Qur’an. Menurut Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah di dalam kitabnya Iqtidhaa’ Shirathal Mustaqim: “Daripada (Imam) al-Syafi’i sendiri tidak terdapat perkataan tentang masalah ini. Ini menunjukkan bahawa (baca al-Qur’an di perkuburan) menurut beliau adalah bid’ah. Imam Malik berkata: “Tidak aku dapati seorangpun daripada para sahabat dan tabi’in yang melakukan hal itu.” Amalan menabur bunga, menyiram air atau menanam pokok di atas kuburan juga bukanlah sebahagian dari sunnah Rasulullah s.a.w.


Bukanlah menjadi satu kesalahan untuk menangis ketika menziarah kubur kerana Rasulullah s.a.w. pernah mengeluarkan air mata ketika mengunjungi kubur ibu baginda. Yang dilarang adalah meratap di kuburan iaitu menangis dengan meraung-raung, menampar pipi atau mengoyakkan baju disebabkan kesedihan kerana perbuatan sebegini jelas bertentangan dengan syarak. Diharamkan untuk mengerjakan solat di kawasan perkuburan melainkan solat jenazah (bagi yang tidak sempat menunaikannya sebelum pengkebumian) kerana Rasulullah telah bersabda: “Jangan duduk di atas kubur dan jangan solat kepadanya (menghadap kuburan)” (Hadis riwayat Imam Muslim) Di dalam riwayat lain Rasulullah turut bersabda:“Laksanakanlah dalam rumah kalian sebahagian dari solat-solat kalian dan jangan kalian jadikannya kuburan.”(Hadis riwayat Imam al-Bukhari) Hadis ini jelas melarang solat di kawasan perkuburan.


Di dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Hakim yang telah dipaparkan sebelum ini Rasulullah s.a.w. bersabda: “ …Akan tetapi janganlah kalian berkata-kata dengan perkataan yang keji dan batil.” Oleh itu di kawasan perkuburan janganlah kita berbicara perkara-perkara yang bercanggah dengan syarak seperti menceritakan tentang keburukan si mati. Termasuk dalam kategori ucapan-ucapan yang batil adalah berdoa memohon pertolongan kepada kuburan atau bertawasul kepada kubur-kubur yang di anggap keramat. . Syaikh Al Albani r.h di dalam Ahkaamul Janaaiz berkata: “Tidaklah samar lagi bahawa apa yang orang-orang awam lakukan ketika menziarah kubur seperti berdoa kepada mayat, memohon pertolongan kepadanya dan meminta sesuatu kepada Allah menerusi perantarannya (tawasul), adalah termasuk al-hujr (perkataan yang keji dan batil) yang paling berat dan ucapan batil yang paling besar. Maka wajib bagi para ulamak untuk memperjelaskan kepada mereka tentang hukum Allah dalam hal itu. Dan memberi penerangan kepada mereka tentang ziarah yang disyariatkan dan tujuan yang dikehendaki syarak dari ziarah tersebut” Oleh itu adalah diharamkan untuk melakukan perjalanan jauh dengan tujuan untuk beribadah di kawasan perkuburan seperti yang di gambarkan di atas di sebabkan kuburan tersebut dianggap memiliki keutamaan atau keberkatan kerana ia tertanam jenazah para Nabi atau Rasul, para sahabat atau wali-wali tertentu. Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w.: “Tidak boleh bersusah payah mengadakan perjalanan kecuali ke tiga masjid, iaitu al-Masjid al-Haram (di Mekah), Masjid Rasulullah s.a.w. (di Madinah) dan Masjid al-Aqsa (di Palestin).” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari) Perjalan khusu untuk ibadah hanya boleh dilakukan ke tiga destinasi yang disebutkan di atas.

Perkuburan Baqi

Ziarah kubur adalah termasuk ibadah dan amal soleh. Oleh itu sewajarnya ia dilaksanakan sesuai dengan ajaran Rasulullah s.a.w. yang merupakan contoh ikutan yang terbaik (Uswatun Hasanah) bagi seluruh umat Islam. Cukuplah bagi kita amalan-amalan yang sah daripada baginda dan tinggalkanlah perbuatan yang tiada landasan dari al-Qur’an dan al-Sunnah. Ayuh kita hidupkan sunnah dan benteras bid’ah!