27/05/13

BOLEH JADI MURTAD SEKIRA MENYANYI LAGU "ALLAH PEDULI".



Enak dan sedap didengar tapi bukan untuk dinyanyikan dan dihayati oleh orang yang berugama Islam.

Menurut Risalah yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:

Murtad boleh terjadi dengan melakukan salah satu daripada tiga perkara berikut:-

1. Melalui perkataan atau ucapan dan kata-kata. (Murtad Qawli)

2. Melalui perbuatan atau tingkahlaku. (Murtad Fi’li)

3. Melalui akidah, kepercayaan atau niat. (Murtad I’tiqadi)

Maka, jika seseorang menyanyikan lagu Agnes Monica, penyanyi dari Indonesia, bertajuk “Allah Peduli”, seseorang itu boleh jatuh murtad “melalui perkataan atau ucapan dan kata-kata. (Murtad Qawli)”.

Mengapa begitu?

Di hujung lagu tersebut terdapat senikata yang berbunyi:

Sebab Allah Yesus ku mengerti

Berapa ramaikah orang-orang kita yang menyanyi lagi ini tanpa perasan Allah yang dimaksudkan itu adalah tuhan Kristian?

Jika kita dengar betul-betul lagu tersebut, Agnes Monica tidak menyebut nama “Jesus” itu dengan jelas yang mudah untuk kita sedari. Dengan loghat dan pelat sebutan Indonesia, “Yesus” yang disebutnya sukar untuk orang-orang biasa ketahui maksud perkataan yang disebut.

Setelah beberapa bulan saya memainkan lagu ini dalam siri ceramah penerangan polemik isu kalimah Allah di merata pelusuk negara terutama di kawasan pendalaman, didapati ramai orang-orang kita yang hadir dan mendengar lagu tersebut tidak perasan akan sebutan Tuhan Allah yang dimaksudkan dalam lagu tersebut adalah Tuhan orang Kristian – Jesus/Yesus.

Sebab itu kita kena berhati-hati dalam percakapan kita. Jangan kerana mulut badan binasa dalam api neraka.

24/05/13

SUKU PENDALAMAN MASUK ISLAM



Bagaimana cara dan hikmahnya pendakwah di sana boleh membawa Islam untuk satu suku kaum pendalaman. Subahanallah hebat benar..

Masyarakat Cina & India yang ada disebelah kita, hari-hari tegok muka mereka tapi masih belum faham Islam kerana.............