16/04/13

Fakta Tentang Azan


Fakta Tentang Azan

Satu fakta yang pasti anda tersentak iaitu Umar al-Khattab adalah manusia pertama yang mengubah teks azan!!

Siapa yang memberi izin kepada Umar mengubah teks azan tersebut. Sedia!!

Baik, Apakah yang anda maksudkan dengan penambahan teks azan iaitu "Aku bersaksi bahawa Ali a.s itu Wali Allah"?

أشهد أن عليا ولي الله

Saya memberikan anda cabaran mengemukakan satu pengakuan ulama Syiah Imamiyah bahawa ungkapan ini adalah syariat dan diwajibkan untuk dimasukkan ke dalam teks azan. Saya mohon!! Jika ada maka ia akan menjadi hujjah pukul ke atas Syiah yang membuat tambahan dalam syariat Allah s.w.t kerana teks azan adalah wahyu Allah s.w.t.

Tambahan teks tersebut bukan perkara wajib dalam azan. Ia hanya harus dilaungkan. Bahkan jika laungan itu dilaungkan sekalipun, ia langsung tidak salah kerana ia bertepatan dengan ayat Allah

اِنَّما وَلِيُّكُمُ اللهُ ورَسُولُه والذينَ آمَنُوا الذِينَ يُقيِمُون َالصلاة َويُؤتُونَ الزكاةَ وهُم رَاكِعُون * ومَن َيتَولَّ اللهُ ورسولُهُ والذينَ آمنُوا فاِنَّ جِزبَ اللهِ هُمُ الغَالِبون

"Sesungguhnya pemimpin-pemimpin kamu adalah Allah dan Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman iaitu yang mendirikan solat dan menunaikan zakat ketika mereka sedang ruku`. Dan barangsiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman sebagai pemimpinnya, maka sesungguhnya pengikut agama Allah itu yang menang" [al-Maidah: 55-56]

Ayat ini menjelaskan bahawa pemimpin seluruh umat manusia adalah Allah s.w.t. Kemudian Dia menciptakan khalifah di muka bumi ini sebagai ganti iaitu Rasulullah s.a.w Seterusnya digantikan pula dengan orang-orang yang beriman yang bersifat mendirikan solat dan memberi zakat ketika mereka sedang ruku`.

Ijmak Ulama Sunni bahawa orang2 yang sujud dan memberi zakat dalam keadaan tersebut adalah Ali a.s. Sila rujuk!!

Jadi, adakah salah jika dilaungkan sebagai meninggikan kalimat Allah dimuka bumi ini? Yang pasti ia bukan wajib, hanya harus di sisi Syiah Imamiyah. Maka dengan ini, jika anda mahu berhujjah ke atas Syiah Imamiyah dan apa yang mereka lakukan adalah dengan mengambil yang menjadi pegangan yang diakui sahaja. Hati2!!

Kedua; Benarkah teks ungkapan azan yang anda dengar kini di Masjid2 benar2 datangnya dari Allah dan Rasul dan Ia langsung tidak diperselisihkan?

Mengapakah mazhab Syafi`ie berpendapat agar mengulangi ungkapan setiap bait-bait azan sebanyak 4 kali, sebaliknya pula bagi mazhab Maliki yang hanya cukup dilafazkan 2 kali? Atau adakah setiap teks-teks azan perlu diulang-ulang sebut? Apakah benar di dalam azan terdapat Taswib iaitu teks-teks seperti “Solat itu lebih baik dari tidur” (الصلاة خير من النوم), “Marilah melaksanakan sebaik-baik amalan” (حي على خير العمل) atau “Telah sampai masa untuk bersolat” (قد قامت الصلاة) dan seumpama dengannya? Jika benar, adakah teks-teks ini perlu diselitkan pada pertengahan azan atau sesudahnya?

Kembali kepada persoalan "hadis sanad shahih" sebelum ini. Adakah Syafie ada hadis shohih (tersendiri)untuk memberikan pendapatnya dalam syariat azan? Dan Malik juga begitu? Mereka berdua tak sebulu dalam pendapat dan sanad shohih mereka masing2 sendiri punya...? Ini yang pertama.

Pensyariatan teks azan yang diwahyukan Allah pada malam Isra dan Mikraj adalah sebagai berikut:

الله أكبر الله أكبر , الله أكبر الله أكبر *
أشهد أن لا إله إلا الله , أشهد أن لا إله إلا الله *
أشهد أن محمدا رسول الله , أشهد أن محمدا رسول الله *
حي على الصلاة , حي على الصلاة *
حي على الفلاح , حي على الفلاح *
الله أكبر الله أكبر , لا إله إلا الله *

Tetapi adakah anda tahu bahawa pada peperangan Khandaq Rasul s.a.w telah menambah teks azan dengan seruan

“حي على خير العمل”

Teks ini dilaungkan selepas laungan حي على الفلاح Kemudian baginda bersabda:

خير أعمالكم الصلاة
“Sebaik-baik amalan kamu adalah solat”

(Rujuk: Al-Futuhat Al-Makiyyah: 1/400 & Ar-Raudhul Nadhir: 1/542.)

Ini adalah penambahan Rasul s.a.w dan nyata bahawa ia menjadi syariat yang diamalkan di zaman rasul dan tiada siapa yang boleh membuang kalimat tersebut. Umar bin Sa`ad berkata: Bahawasanya Bilal telah melaungkan pada azan subuh dengan “Marilah melaksanakan sebaik-baik amalan حي على خير العمل

(Rujukan: Al-I`itisam Bi Hablillah: 1/290.)

Tidak cukup dengan subuh, baginda meneruskan agar ia dilaungkan pada setiap azan solat. Nas:

1. Imam Ali a.s berkata: Aku telah mendengar Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya amalan terbaik kamu adalah solat. Setelah itu baginda memerintahkan Bilal r.a melaungkan kalimat
حي على خير العمل

2. Di dalam Kanzul Ummal menyebut: Bahawa Bilal melaungkan azan subuh dengan kalimat حي على خير العمل.

3. Syaukani menyebut di dalam Nailul Awthar daripada al-Muhib ath-Thabari di dalam Ihkamul Ahkam bahawa Zaid bin Arqam telah melaungkan azan dengan حي على خير العمل

4. Daripada Ibnu Sirin berkata: Ibnu Umar mengucapkan teks
حي على خير العمل pada setiap azannya.

5. Di dalam Musonnaf Abdul Razzaq menyebut bahawa setelah Ibnu Umar melafazkan kalimat “حي على الفلاح” dia akan meneruskan dengan “حي على خير العمل” dan diakhiri dengan lafaz “الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله”.

6. Daripada Muslim bin Abi Maryam berkata: Sesungguhnya Ali bin Husein a.s telah melaungkan azan, dan setelah sampai pada lafaz “حي على الفلاح” beliau akan ikutinya dengan sebutan

“حي على خير العمل”. Dan beliau berkata: Begitulah permulaan azan.
Ibnu Hazm berkata: Riwayat yang menyandarkan Ibnu Umar melaungkan kalimat tersebut adalah benar dan shahih.

7. `Alauddin Maghlathoi menerusi kitabnya At-Talwih Syarh Al-Jami` As-Shahih berkata: Tentang lafaz “حي على خير العمل” yang disebutkan oleh Ibnu Hazm daripada Ibnu Umar dan Abu Umamah bin Sahl bin Hanif adalah shahih kerana keduanya melaungkannya pada azan-azan mereka. Begitu juga halnya dengan Ali bin Husein.

Rujuk: 1. Al-Bahru Az-Zukhar: 2/191 & Asy-Syifa`: 1/260. 2. Kanzul Ummal: 8/342. Bil 23174. 3. Nailul Awthar: 2/44. 4. As-Sunan Al-Kubra: 1/425 dan Al-I`itisam Bi Hablillah: 1/308. 5. Al-Musonnaf: 1/460. Bil 1786. 6. Musonnaf Ibnu Abi Syaibah: 1/195. Bil. 2239 dan Sunan Al-Kubra: 1/425. 7. Al-Muhalla: 3/160-161. 8. Ar-Raudhun Nadhir: 1/541.)

Berhenti seketika: Saya bertanya: Adakah anda pernah mendengar juru azan di kampung anda melaungkan kalimat syariat tersebut? Adakah teks syariat tersebut telah dipupuskan?

Ya!!. Umar al-Khattab telah membuang teks syariat tersebut dan menggantikan dengan "teks syariatnya" dan kini ia menjadi amalan "syariat" ASWJ. Buktinya:

Berkata Sa`ad Taftazani dan Qausyaji bahawa Umar al-Khattab telah berkhutbah di hadapan orang ramai dengan katanya: Wahai manusia, 3 perkara yang berlaku di zaman Rasul tetapi aku melarangnya dan mengharamkannya serta menghukum orang yang melakukannya. Iaitu (1) Mut`ah wanita, (2) Mut`ah Haji dan (3) lafaz حي على خير العمل

(Rujuk: Dhau`un Nahar: 1/468)

Tidak cukup dengan itu, bahkan ungkapan sunnah tersebut digantikan pula dengan ungkapan “Solat itu lebih baik dari tidur” “الصلاة خير من النوم”. Perkara ini telah direkodkan oleh para ulama hadits Sunni sendiri diantaranya Malik bin Anas menerusi Al-Muwaththa` dengan riwayat yang berbunyi: Seorang juru azan datang kepada Umar al-Khattab untuk - melaungkan - azan solat subuh, tetapi dia mendapati Umar masih lagi tidur, lalu dia berkata “Solat itu lebih baik dari tidur”. Mendengarkan perkara itu, Umar lalu memerintahkan ungkapan itu dimasukkan ke dalam azan subuh.

(Rujuk: Al-Muwaththa`: Kitab As-Solat. Hadits No. 8 (153).)

Jadi, kini siapakah membuat syariat? Syiah Imamiyah yang melaungkan lafaz kewalian Ali dengan nas al-Quran atau Umar al-Khattab yang membuang teks syariat Nabi. Ingat, Syiah membuat laungan kewalian imam bukan wajib hukumnya, tetapi Umar telah membuang teks syariat dan menjadi syariat umat Islam kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan